Monday 19 May 2014

SURIRUMAH, ANAK SEORANG DAN "KAU DUDUK RUMAH BUAT APA?"

Assalammualaikum. :)


Dalam al-Quran ada menyebut, yang bermaksud; 

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

" Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."

Maka benarlah kata-kata Allah Yang Agung.


Sabar. Sabar. Sabar.

Aku sangat bersyukur kerana Allah menghadiahkan aku sebuah jawatan iaitu sebagai surirumah. Mengingatkan kata-kata motivasi Prof. Dr. Muhaya; "Orang yang benar-benar bebas adalah orang yang bebas daripada penghargaan manusia." Itukah yang kita cari dalam hidup ini? Kita boleh tanya diri kita sendiri. Ya ke? Kita mahukan penghargaan dari manusia? Kita mahukan pujian dari manusia? Kita mahu manusia kagum melihat kita? Kita kah tu?

Oleh kerana itu, aku tidak mahu itu. Aku tidak mahu penghargaan dari manusia. Bukan aku sombong. Tetapi semua orang boleh tanya dan jawab dalam hati masing-masing, kita ini siapa dan apa perlunya kita mahu penghargaan dari manusia? Special? Mahu jadi somebody? Mahu jadi istimewa? Mahu jadi istimewa di mata manusia? atau mahu jadi istimewa pada pandangan Allah? Kita tak tahu, tapi kita berhak mendapat pandangan mulia di sisi Allah. Cuma kita pilih yang mana? Tepuk dada tanyalah diri kita. Setiap manusia masing-masing ada pendapat dan pendirian masing-masing. Wallahualam.

Antara dilema surirumah, mitos yang kebiasaannya dialami oleh surirumah yang aku pun pernah pening kepala dan jadi sakit hati jugak kerananya adalah seperti; 

1) Surirumah duduk rumah - Jadi? Jadi dia takde kerja sebab duduk rumah. 
Haah yelah takde kerja, habis ko ingat habuk tu datang rumah setahun sekali time raya je ke? ke tak payah nak peduli habuk tu? tunggu orang datang pastu kutuk surirumah duduk rumah tak bersihkan habuk? ke cemana? nak cakap eleh ke cemana?



2) Surirumah anak seorang je - Jadi? Jadi dia tak banyak kerja sebab anak sorang. Baju tak banyak nak basuh, berapa helai je pun.
Haah, yelah tak banyak kerja sebab anak sorang, macamlah anak aku tu berdiri tegak je tak bermain, tak buat sepah, tak itu tak ini, macam nak suruh aku pasang CCTV sampai orang puas hati tengok apa aku buat kat rumah, pastu baju pulak macam aku ni layak pakai baju sepasang je dari pagi sampai ke malam dan baju aku tak bau busuk dan masam sebab buat kerja rumah dan masak, so tak payah salin, anak aku pun sama, baju sepasang je dari pagi sampai malam.



3) Surirumah duduk rumah je tak penat.
Haah, yelah tak penat, kain baju, pinggan mangkuk, lauk semua ada kaki, diorang kotor pastu diorang masuk mesin basuh sendiri, mesin pulak tu yang basuh, diorang ada kaki kan tu sebab diorang jalan sendiri masuk dalam mesin basuh, sidai sendiri dan lipat sendiri. Alas kaki pun tak payah basuh kan, agaknya nak suruh alas kaki, kain buruk, cadar semua tak payah basuh, cuci, sidai, tu baru nama takde benda nak buat, tak penat...toilet pun bersih je seumur hidup, tak payah sental. Lantai pun sama kekdahnya. Pastu takde tumpah-tumpah sampai nak kena lap bagai. Hahaha. ke pada orang lain tak yah lap, lantai tak yah sental? tak penat dia kata? oh! my...


dan banyaklagi sebenarnya...hihii...

Tapi yelaa..ni dulu.. tu sebab kita ni disuruh tengok rancangan berilmiah, macam rancangan motivasi dan sebagainya, dari situ ada ilmu untuk kita insyaallah..

Hakikatnya, aku yang pernah bekerja, pastu sampai rumah matahari pun dah takde, orang semua dah sampai rumah, duduk rumah rilek-rilek, makan, aku baru sampai rumah, pun tak rasa letih macam selepas bergelar surirumah ni. Ini adalah apa yang aku rasa. Aku takde niat pun nak mengeluh ya, ini untuk share apa yang aku dapat daripada pengalaman aku. Aku bukannya jenis kerani yang duduk kat atas kerusi dari pagi sampai balik kerja, aku punya kerja ada melibatkan jalan kaki sana sini, tapi menjadi surirumah bagi aku letihnya bukan sekali ganda, malah 3x ganda rasanya. Sebab tu aku respect orang yang ada anak lebih dari seorang, apetahlagi jikalau anak itu anak istimewa. Sebab apa? sebab anak istimewa ni tak macam anak-anak typical, anak typical ni sampai satu tahap, mereka boleh berdikari sendiri, tapi anak istimewa contoh macam Aqil yang autisme, mereka perlukan kita sebagai pembantu, pengajar dan kadang-kadang memang kena buat semua untuk mereka dari A-Z, depends.

Sabarlah. Memang kena banyak-banyak bersabar.


Sebab tu, sampai satu ketika kita kena fikir, sampai bila apa yang kita buat semuanya kena fikir apa orang cakap, apa orang ingat dan sebagainya. Stop. Cukup. Selagi kita buat benda yang betul untuk diri kita dan anak kita, cukup Allah saja yang tahu. Allah beri pertolongan tanpa mengharapkan balasan apetahlagi mengungkit. Hamba-Nya yang ingkar pun Allah bagi nikmat, apetahlagi jikalau apa sahaja yang kita buat memang kita buat kerana Allah dan kaitkan dengan Allah. Orang lain tak tau, itu tak apa. Nak komplen atau apa, itu terpulang, kita kena didik diri kita untuk 'tak apa' kan apa juga pendapat orang. Insyaallah, jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan orang. Kita kena brainwash diri kita sendiri, tapi slowly.


Hari demi hari, bila kita rajin tengok rancangan berilmiah macam rancangan motivasi, ceramah agama dan sebagainya, kita akan dapat kesimpulan pada semua tu, dengan rasa yakin dan tak ada perlunya masukkan elemen pemikiran orang terhadap apa yang kita buat, terhadap diri kita, selagi kita berpegang kepada apa yang kita buat kita kaitkan dengan Allah. Lillahitaala. Wallahualam. Kita kan tahu apa yang kita buat, waimah kalau kita malas sekalipun, apa perlunya kita merasa malu atau bengang dengan orang? Kita patutnya rasa bengang dan malu pada diri sendiri dan yang paling utama pada Allah. Sama jugak kalau kita rajin, kita rajin kerana Allah, kerana diri kita sendiri, kerana rajin itu adalah salah satu kebaikan. Kita tak perlu rajin atau buat baik untuk orang tahu. Tak perlu. Mereka juga manusia macam kita, buat salah, buat silap, cuma bezanya dah perangai mereka macamtu, kita tak boleh ubah cara orang lain untuk puaskan hati kita, kita hanya perlu ubah diri kita dan cara kita berfikir, niat kerana Allah. Wallahualam.

Itulah kata-kata Ustazah Norhafizah Musa antara yang aku ingat, iaitu yang tadi tulah aku cakap, 'apa-apa yang kita nak buat, kita kaitkan dengan Allah.' Ibarat kalau kita nak pergi konsert, kalau kita kaitkan dengan Allah, agak-agak kita nak pergi tak? Wallahualam. Hidayah itu milik Allah. Kita berhak berdoa dan juga jangan sekali-kali putus asa berdoa, agar kita dapat hidayah daripada Allah S.W.T. Buat salah dan dosa itulah kita, manusia, tapi Allah Taala itu Maha Penyayang, dibukakan seluas-luasnya pintu taubat untuk kita. Insyaallah...semoga dipermudahkan urusan kita dan semoga kita sama-sama perbetulkan hubungan kita dengan Allah. Kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah juga akan jaga hubungan kita dengan orang. Insyaallah. Wallahualam.


Kaitan dengan huraian aku yang panjang lebar ni dengan maksud ayat pada awal perenggan tadi ialah, memang kita ni manusia ni akan diuji dengan pelbagai cubaan, ujian dan dugaan. Ini baru sikit. Apa sangat la kan sekadar menghadap sikap prejudis dan sangka buruk manusia sahaja. Tapi fenomena ni amat biasa. Bak kata omputih, underestimate. Budaya sesetengah orang. Takkan kita pun nak jadi orang macam tu kan? Kita kena ada prinsip, dan mudah-mudahan setiap prinsip yang kita pegang tu kita kaitkan dengan Allah. Kita ni siapa nak underestimate orang? Kita tak berada di tempat orang, kita tak tahu susah payah orang nak melalui kehidupan, so kesimpulannya bila kita kaitkan dengan Allah, ada baiknya kita mendoakan yang terbaik untuk orang lain.


Bersabarlah.


Allah adalah sebaik-baik penolong, cukup Allah bagiku.


Wallahualam.


Assalammualaikum.  :)




No comments:

Post a Comment