Sunday 27 April 2014

LAWATAN PERSATUAN AUTISME MUSLIM MALAYSIA KE UPSI DAN UTEKS.

Assalammualaikum. :)


Sabtu kelmarin iaitu pada 26 april lepas, aku ada mengikuti sebuah rombongan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris di bawah Persatuan Autisme Muslim Malaysia. Adapun rombongan yang bukan rombongan Cik Kiah ini sebenarnya adalah rombongan menaiki keretapi daripada KL Sentral, akan tetapi kami sekeluarga tak ikutlah nak ketapi sebab kitorang bertolak dari Johor..kang maunya tetinggal ketapi pulak pasal bergolot-golot nak kejarkan waktu kan, so aku ngan suami dan anak autisme kami pergi sendiri naik kete. 

Fikir-fikir, alahai ruginya tak naik tren ngan diorang sumer.

PANG! barang yang lepas jangan dikenang OK.

Ok, kami bertolak dari Johor lebih kurang pukul 7pagi waktu cincai. Singgah bersarapan kat Melaka pastu zas! meneruskan perjalanan. Kami sampai kat UPSI Tanjung Malim tu dalam pukul 11pagi. Gitu gini pusing cari parking, 11.30pagi alhamdulillah sampai di Perpustakaan Tuanku Bainun. Memandangkan hari tu merupakan hari lawatan, maka perpustakaan tu pun dah tak macam perpustakaan pulak aku rasa, dah macam shopping complex kekdahnya..kihkihkih.. Biasanya perpustakaan senyap tapi sebab ramai pelawat, bising pulak jadinya, hehee.. banyak sangat buku dan ada dalam 3 atau 4 tingkat kot kalo tak silap. Aku pun blur blur masa tu sebab badan pun tak berapa sihat, ditambah pulak dengan tak pakai cermin mata. Ikutkan hati rasa macam nak duduk setempat sambil rilek dan tido, tapi apekah natijahnye aku datang dari jauh-jauh nak buat perangai macam tu kan. So aku pun merayau-rayaulah dalam tu sambil kaki rasa macam tak berpijak di bumi nyata..

Sebenarnya kitorang terlewat sebab majlis start pukul 10.30pagi, mungkin sebab datang sendiri tu yang tercicir dari kumpulan..hihii.. apapun layanan dari pihak upsi memang best. Pulak tu biasalah Aqil dah nampak belon dia pun nak belon, dah dapat belon tak nak belon biasa, nak yang ada tangkai pulak...adesss....Alhamdulillah..sihat dan cergas anakku ni..bisik dalam hati..hihii..kalau tak bisik macamni dalam hati kang mau tebako pulak tudung pasal takut api keluor ikut telinga kehkehhh...

Aku tak dan nak snap gambo, nak kelepet tudung pun malas apetahlagi nak amik gambo. kehkeh. Jadi aku taip jelah sampai sangap ye. Ni first time aku sampai kat UPSI. Dapatlah feeling-feeling cikgu kejap kihkihh..almaklumlah belajo tak tinggi sampai pokok rambutan je, nak sampai pokok kelapa tak dapat. Pastu yang kelakonye masa Prof dari pihak UPSI nak bagi taklimat, bilik taklimat jadi huru-hara sampai tak dapat dikawal, hahaha mana taknya tetamunya pun semua dikalangan anak-anak Autisme, memang payah la nak bagi anak-anak duduk diam dan dengar arahan, macam-macam ragam dan takde yang pelik pun kalau orang yang dah biasa dengan situasi ni. 

Student-student yang bantu kami Autisme parents ini pun adalah bakal-bakal guru Pendidikan Khas bila mereka habis belajar nanti, tu pun kalo tak silap aku la. Sangat terharu dan teruja bila ada dikalangan mereka yang perasan Aqil tantrum, mengamuk sebab nak belon, dia datang dekat dan tanya kenapa, bila cakap yang Aqil nak belon, terus dia pergi carikan. Sedih pulak bila dah sampai rumah, fikir-fikir tak sempat nak tanya nama dan berkenalan. hukhuk. Tapi alhamdulillah sempat ucap terima kasih.

Aku kan first time sampai kat UPSI, tak tau pulak UPSI ada 2 tempat, dan aku pun tak sempat nak tanya-tanya kat sesiapa apa fungsi dan beza kedua2 tempat tu. Tempat yang kedua dan terakhir kami pegi tu lah UTEKS nama dia, yang first masa sampai tu yang perpustakaan tu lah.

Tapi kesian pulak kat Aqil sebab dia tak merasa pergi bilik terapi yang best tu. Setiap bilik ada nama dia tapi aku tak ingat..hehe.. masa nak pegi makan, kami lalulah bilik yang dia tak sempat masuk tu, nampak pulak dari jauh bilik tu macam best, memang best pun sebab ada macam-macam alat untuk kanak-kanak bermain, apelagi...mengamuk sakan la dia..tempat tu lebih kurang kidszone yang kat pasaraya tu la..maunya tak mengamuk tak dapat pegi...layankan je lah. Padahal dia yang dok asyik dengan mainan kereta-kereta kecik kat bilik lagisatu, bila ajak pegi bilik sebelah mengamuk tak nak, bila masa dah takde barulah dia nak masuk bilik  yang best tu..tu pun sebab jalan nak pegi tempat makan tu lalu bilik best tu..adesss...sungguh sihat dan cergas anak aku ni..bisik hati aku lagi sebelum tudung terbako...

Sambil makan sempatlah berborak dengan ibu-ibu anak Autisme yang lain. seronok betul dapat jumpa diorang. Rasa macam ape tau...rasa macam keluarga sendiri...rasa macam adik-beradik sendiri...rasa macam dah kenal lama... Subhanallah...nikmat Allah yang mana lagi yang ingin kamu dustakan? Alhamdulillah...syukur...dapat kongsi macam-macam ilmu..semua baik-baik dan ramah belaka. Tapi sampai petang masih rasa tak selesa sebab tak pakai cermin mata...hukhuk... tapi redah dah redha je la.

Kira-kira aktiviti habis pukul 4petang. Aku pun apelagi zas!masuk kete dan bertolak balik. Kalo tak orang dah siap pasang kelabu, dah siap pasang ubat nyamuk nak tido kang aku tak tiba-tiba lagi. Group yang naik train semua naik bas untuk ke stesen keretapi. Ohhhh....I'm gonna miss you guyssss....!!! bisik aku dalam hati tanpa risau tudung terbako..kihkihh.. Dalam pukul berapa entah aku tak ingat, kitorang berhenti kat R&R Sungai Buloh, berhenti rehat, suami aku jamak solat sebab masa Zohor dia tak sempat solat sebab jaga Aqil masa aku solat. Aku ngan aqil pegi makan. Tengahari tu aku takde selera nak makan masa diorang makan ramai-ramai tu sebab tekak rasa tak sedap, badan pun menggigil sebab tak baik demam lagi sebenarnya, alhamdulillah suami aku sempat makan. Tapi bila dah petang barulah rasa menggelupur nak makan, so makanlah berdua dengan Aqil sebab ayah dia nak rehat, nak tido, kesian penat memandu.

Gedebuk gedebak dalam pukul 11malam baru sampai rumah. Ahamdulillah. Tiba-tiba cakap dengan suami, "Eh? Tadi kita kat Tanjung Malim eh?" hahaha...tetiba rasa macam tak percaya pulak pagi kat Tanjung Malim, malam dah sampai rumah. apapun syukur alhamdulillah, selamat pergi selamat pulang....:))
inilah entry kenangan indah bersama bakal-bakal guru Pendidikan Khas kelahiran UPSI Tanjung Malim. Aku doakan semoga mereka semua akan beroleh kejayaan beserta rahmat dan kasih sayang Allah dalam bidang yang mereka ceburi ini. Semoga kesabaran menjadi akar dalam mendidik anak-anak golongan istimewa. Amin.


Kite mintak diri dulu ekk....


Assalammualaikum. :)

Saturday 19 April 2014

AKU DAN DUNIA INI.

Assalammualaikum. :)


Aku adalah seorang manusia yang simple dan sederhana. Aku manusia yang banyak dosa, lemah dan hina. Khilafku di mana-mana. Aku seorang manusia yang sudah berkali-kali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun semula. Barangkali sama seperti kamu. Apa yang menguatkan aku, bila Ustaz kata, 'apabila seseorang itu sedar akan kesilapannya, kembalilah pada jalan Allah.'  Aku manusia yang tak punya apa-apa. Aku hanya mencari keredhaan Allah. 


Sejuta orang di sekeliling pun jika tidak ikhlas? Maka cukuplah Allah yang SATU.


Ok ok. Masa aku masih kerja, aku pernah terdetik sesuatu dalam hati, kira macam azam macam tu la, iaitu aku mahu istiqamah melakukan Solat Sunat Tahajjud setiap hari, Solat Sunat Dhuha dengan lebih kerap dan lain-lain seperti mengaji, especially menjadikan amalan sebelum tidur (Surah Al-Waqiah) dan sebagainya. Cita-cita tinggi ok. Tapi aku selalu gagal untuk istiqamah. Cuma aku tak pernah putus asa mencuba.


Aku rasa dunia ni sudah semakin tua dan aku juga sudah semakin bosan dengan topik-topik duniawi. Yela, aku tahu, kita perlu ada matlamat dan cita-cita untuk maju, untuk ke hadapan, tapi jangan lupakan amalan yang akan menjadi bekal untuk kita kelak. Amalan kita dah cukup ke? Dah? Mestilah belum kan.. Itu maksud aku. Contohnya, walaupun ibadah sunat, tapi kita kena usahakan sampai kita buat. Sekurang-kurangnya usaha nak buat tu ada daripada kita buat tak reti je. Aduh, sedihnya.


Sebagai seorang manusia, kita selalu leka dan lalai, oleh itu kita kena selalu mohon pada Allah dan berdoa agar diberikan petunjuk dan dibukakan jalan agar ditetapkan iman kita. Kita manusia memang tak lari daripada melakukan kesilapan, yang penting kita mahu berubah. Tak perlu membenci orang walaupun diri kita dibenci. Tak perlu melampiaskan kemarahan apabila sabar telah dijanjikan ganjaran pahala. Tak perlu takut untuk berubah jika kita yakin Allah tahu niat kita. Tak perlu pandang keliling jika mereka tidak faham niat baik kita, sebab kadangkala kita terlalu tunduk pada pandangan orang lain terhadap diri kita untuk mengemudi kehidupan kita sendiri, bukankah Allah Maha Mengetahui...


Dunia ini terbentang luas. Bumi ini bulat. Kita boleh berada di mana-mana sahaja dengan izin Allah. Jika hari ini kita berkata sesuatu tentang orang lain, tak mustahil satu hari nanti kita bisa berada di tempat itu. Mengapa kita begitu sombong? Kadangkala kita juga yakin perancangan kita sentiasa tepat dan hebat. Sedangkan diri kita, ajal, maut dan rezeki kita di tangan Allah Yang Maha Esa. Kita selalu lupa tu. 
Ya, Allah is the best Planner.


Hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan. 
Mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat.
Allah sentiasa bersama-sama hamba-Nya yang sabar. Bertenanglah...
Allah Maha Mendengar doa setiap hamba-Nya.
Wallahua'lam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai Allah...
Tetapkanlah hatiku untuk mendekatkan diri kepada-Mu 
Iaitu di saat-saat Engkau hampir kepadaku
Di saat-saat malam semakin kian berlalu..

Wahai Allah...
Kejutkanlah aku... 
Berikanlah aku kekuatan untuk bangkit
Agar aku mampu sujud kepada-Mu
Dalam sejuk dingin pagi yang gelap itu..

Wahai Allah..
Izinkan mata ini basah...
Kerana merintih hiba memohon rahmat kasih sayang-Mu..
Kasih sayang-Mu...
Kasih sayang-Mu...
Kasih sayang-Mu.. Keredhaan-Mu..


Wahai Allah..
Aku tidak mampu menggalas segala ujian yang Engkau berikan..
Jadi, berikanlah aku kekuatan..
Berikanlah aku kesabaran..
Cekalkanlah hatiku...Tabahkanlah aku...

Wahai Allah..
Aku pulangkan segalanya kepada-Mu..
Aku serahkan segalanya kepada-Mu..
Jika itu yang terbaik untukku..


Wahai Allah...
Hanya kerana-Mu...
Aku akan terus bersabar menempuhi kehidupan yang sementara ini..
dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
pimpinlah aku...


Ameen. Ameen. Ameen Ya Rabbal Alameen.



Assalammualaikum. :)


Wednesday 16 April 2014

AUTISME MERUBAH HIDUP SAYA.

Assalammualaikum. :)


'Saya' nampak lebih sopan, tapi aku nak guna 'aku' jugak boleh? Hihiii. Ok entry kali ni aku rasa macam tak banyak pengisian berdasarkan neuron-neuron aku macam tak berapa nak bertugas pulak kali ni. Tapi tak ada apa pun, setakat pindah pastu Aqil pun mula bersekolah kat NASOM (National Autism Society of Malaysia). Itu je.

Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Aku pindah dalam bulan 6 tahun 2013. Benda ni benda baru bagi aku, benda ni bukan macam kita plan nak pegi jalan-jalan, ini keputusan yang membawa kepada satu jangka masa yang panjang, bukan beli tiket pastu naik bas, jadi aku tak kisah sangat bila tarikh agak lari daripada yang aku expect, sebab ada yang kata aku resign awal sebab aku resign Februari.(macamlah setiap yang tercatit dalam hidup aku ada dalam kocek baju aku.) Kita kena fikir eh, as long as kita sihat, ada makan ada minum, bukan terlantar sakit kat hospital ke apa ke, bak kata orang pelan-pelan kayuh, yang lain-lain kita usahakan slowly, jangan segala apa yang datang dalam hidup kita semua kita nak jadikan masaalah, rilek....


Aqil pulak mula bersekolah pada bulan 9 tahun 2013. Seriously aku tak kisah. Tu lah, kalau kita tak kisah, orang tengok macam tak amik berat, kalau kita lorat kecoh sana kecoh sini lain pulak orang kata. So, aku memilih untuk berdoa kepada Allah mudah-mudahan segalanya berjalan lancar atau jika ada sebarang masalah, ujian mahupun dugaan, aku memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan. Macam aku cakap tadi, bagi aku asalkan aku, anak aku sihat, ada makan pakai, tempat berteduh, cukup, syukur alhamdulillah. Tak payah nak kusut-kusut fikir benda lain. Masalah kat mana-mana pun ada


Syukur alhamdulillah, segala masalah dapat diatasi, jika tak dapat diatasi pun tak apalah, sekurang-kurangnya Allah masih beri aku peluang untuk bernafas dan terus berjuang atas apa yang Dia berikan. Jika tak dapat diatasi pun sekurang-kurangnya Allah berikan aku kekuatan untuk aku menghadapinya. Aku tak mahu jadi manusia yang kufur nikmat, sebolehnya.


Aku rasa tak sampai sebulan atau hanya sebulan (tak ingat), Aqil dah pun putus pampers, dah boleh tak pakai pampers. Pernah jugak masa baru mula-mula buat toilet training (berkat dorongan guru Aqil di sekolah), Aqil tak sempat nak pegi toilet, dan dia bagi aku kerja membersihkan 'barang' dia yang berterabur kat luar tandas...hahaha... Tapi alhamdulillah tu satu kali je, lepas tu dah okey dah. Mop dengan air ber'dettol' siap sedia kat tepi dinding in case kalau 'apa-apa terjadi'. Haha! Aku rasa mana-mana Autisme Mother memang macamni dan kami dah biasa macamni. Dah tak kisah dah rumah nak tunggang-langgang ke terbalik ke, bagi aku janji anak sihat dan cergas, sepah takpe boleh kemas, kemas tak payah pakai duit pun, kena rajin je tapi kalau sakit? Nauzubillah.


Antara aktiviti kami.


Aku banyak ambil idea dari rakan-rakan sekasut di facebook Autisme Malaysia. Kat sana macam-macam idea yang aku tak terfikir dapat dikongsi bersama. Diorang pun selalu share kat facebook aktiviti bersama anak-anak Autisme mereka. Banyak jugak yang aku tak menyempat nak buat, sebab bila dah banyak sangat tu yang rasa excited sampai yang dikejar berciciran. Tu la sape suruh tak catit. 


Ni aku beli kat D.I.Y.. kat D.I.Y tu apa je takde, semua yang kita perlukan untuk nak buat aktiviti dengan anak semua ada. Sampai juling-juling mata tengok banyak benor pilihan, terkesima aku dibuatnya.


yang macam tak berapa nak jelas motif nya ni ialah tanah liat beserta acuannya. Ni standard la mana-mana budak pun mesti buat aktiviti ni.


Asal boleh je almari yang hujung sekali tu kan, kotak pun boleh buat jadi kabinet tau. Aku ingat nak sampul kasik lawa sikit kotak tu, fikir-fikir balik, ah tak kuase aku. Buku-buku banyak disedekahkan oleh kakak aku yang mana anak diorang tak pakai lagi. Meh sini kasik aku.


Ini zikir harian. Aku nak buat cantik-cantik la tampal kat kertas warna,gitewwww.....


Inilah bilik aktiviti anak aku. Sinilah tempat aku ajar dia dan buat aktiviti dan dia main permainan dia pun kat sini jugak, especially keretapi Thomas dia tu.


Aku banyak guna bahan terpakai, selagi boleh isi barang aku tak buang, barulah rasa kreatip sikit kan...ini semua benda nak beli, jangan, selagi boleh pakai, pakai je mana yang ada. Tapi kalau dah nazak sangat janganlah nak jadi Haji Bakhil pulak. 


Insyaallah, mudah-mudahan apa yang aku dan ibu-ibu anak Autisme di luar sana perjuangkan untuk anak-anak kami akan mendapat hasil yang baik dan semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, itu yang penting. Insyaallah.


Kepada-Mu Ya Allah, kami berserah.


Mintak diri dulu ya, jumpa lagi...


Tata.


Assalammualaikum. :)





Wednesday 9 April 2014

AUTISME ~ AKU BERHENTI KERJA

Assalammualaikum. :)


Selepas aku merasakan yang Aqil memang ada ciri-ciri Autisme, seperti yang aku katakan, memang aku terus rasa down, rasa terduduk, rasa dunia ni terhenti serta-merta dan seminggu aku menangis setiap kali habis solat dan masa buat homeschooling dengan dia. Memang betul ngam-ngam satu minggu. Apetahlagi, mulai saat itu, cikgu buat keputusan untuk stop kan Aqil dari diberikan homework lagi. Yelah, bukan apa, bagi kanak-kanak seperti Aqil, agak terbeban jika homework itu bukanlah 'dunia'nya. Wallahua'lam. Tapi bagi aku, keputusan cikgu tadika dia memang tepat untuk Aqil. Aku bukan menangis kerana dia ada ciri-ciri Autisme, tapi aku menangis sebab aku rasa panik bila aku fikirkan apa yang aku perlu lakukan, apa yang aku boleh tolong dia, apakah yang aku berlaku selepas itu dan banyak lagi persoalan lain. Setiap kali usai solat, aku akan minta Allah berikan aku petunjuk dan apa yang harus aku lakukan.


Aqil.


Aku betul-betul tak pernah dengar istilah Autisme itu sehinggalah ia menjengah hidup aku. Aku juga pasti, dan sememangnya benar, ia adalah rahmat dan kasih sayang Allah. Aqil hadir dalam hidup aku dengan membawa 1001 rahmat Allah.


Suka menyusun (antara ciri-ciri Autisme).


Obses pada gajet (ciri-ciri Autisme), tapi perlu dihadkan atau berhenti terus.


Blok-blok kayu ni memang feberet dia. Macam-macam bentuk dia bina dengan blok-blok kayu ni.


Masa mula-mula aku ajar dia makan nasi lauk sayur, alhamdulillah dia boleh terima.


Setiap kali dia tunjuk hasil kreativiti dia, aku akan cakap "Aqil hebat!"


Keluar petang-petang. Dia akan tunjuk kaki dia dan sebut "feet...feet..." bila ajak keluar.


Main sorang-sorang. Dia juga cuba untuk berkawan tapi disebabkan masalah komunikasi, jarang dapat kawan.


Sejak baby lagi dia menunjukkan minat dalam aspek keagamaan seperti zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran.


Aku masih perlu lebih gigih untuk ajar dia dalam banyak perkara.

Semoga dipermudahkan oleh-Nya.

Setahun dalam tahun 2012 tu Aqil bersekolah seperti biasa, walaupun dia tidak melakukan aktiviti biasa pelajar-pelajar kat tadika tu. Tahun 2012 bagi aku juga adalah tahun aku warm-up dan juga seperti satu ruang untuk aku study pasal Aqil. Namun, jawapan yang tepat masih belum nampak jelas pada waktu itu. Tapi dalam pada tu, kami suami isteri ada jugak pegi Pusat Dyslexia kat Johor Bahru, yela, walaupun Dyslexia dan Autisme tu berbeza, tapi pakar kat situ boleh jugak bagi nasihat dan tengok, betul ke Aqil ada ciri-ciri Autisme, dan seperti yang dijangkakan, memang pakar tu kata Aqil ada semua ciri-ciri Autisme. Tapi, kanak-kanak penghidap Dyslexia dan Autisme pun takdelah jauh sangat beza sifat dan kelakuan diorang, cuma Dyslexia ni tengok huruf terbalik. Wallahua'lam.

Menjelang akhir tahun, aku suarakan keputusan untuk stop kan Aqil sekolah pada suami. Keputusan tu agak tergesa-gesa tapi aku nekad dan tak rasa menyesal, malah aku dapat rasakan akan ada plan lebih tepat untuk Aqil selepas itu, walaupun pada hakikatnya aku memang takde idea langsung. Itulah takdir Allah. Percayalah, dalam setiap doa yang memohon petunjuk, maka Allah Maha Mendengar permintaan setiap hamba-Nya. Insyaallah. Jadi, memandangkan pihak sekolah sendiri memerlukan keputusan daripada ibubapa, lalu tetaplah kata putus aku, Aqil tidak akan bersekolah lagi untuk tahun 2013 di tadika tersebut.

Kenangan demi kenangan terpaksa aku tinggalkan. Aku masih teringat masa kelas Aqil buat persembahan atas pentas. Semua budak menari, tapi Aqil terpinga-pinga atas pentas, tengok lampu, tengok lukisan corak-corak di belakang pentas. Airmata aku tak mampu ditahan-tahan pada masa tu. Terpaksalah disorok-sorok supaya orang tak nampak. Luluh hati aku. Tapi bukan sebab dia tak ikut menari, tapi sebab aku sedar, dia 'lain' dari kawan-kawan dia yang ada atas pentas tu. Lepas persembahan tu, cikgu dia cakap dengan aku kat belakang pentas, masa rehearsal Aqil ok, dia boleh ikut setiap step, tapi mungkin environment atas pentas masa hari sebenar tu lain agaknya, so dia tak dapat bagi tumpuan. :)


Aku masih ingat lagi, tarikh 31 Disember 2012, tepat pukul 5 petang aku dah keluar ofis sebab dah tak sabar nak bawak Aqil pegi jumpa doktor pakar kanak-kanak. Mujurlah takde orang kat klinik tu, sebab aku memang dah tak sabar nak dengar apa yang doktor nak cakapkan. Lepas dah bersoal-jawab dengan doktor, dah tanya itu ini dan dah dapat serba sedikit penerangan, doktor bagi sekeping surat untuk kami bawakan ke Hospital Besar untuk langkah seterusnya.


Macam-macam proses dan macam-macam perkara terpaksa dilalui, akhirnya tarikh demi tarikh appointment untuk check-up Aqil kami perolehi waktu demi waktu. Pada masa tu aku memang kerap sangat terpaksa ambil cuti. Tapi demi Aqil, aku tak nampak apa-apa sebagai halangan, sebab aku yakin, Allah itu dekat pada setiap hamba-Nya yang memerlukan pertolongan. 


Tak perlu lama, pada Januari 2013 aku sudah mula berkira-kira untuk berhenti kerja. Seperti yang aku katakan tadi, aku tak nampak apa-apa halangan. Dugaan, ujian, ada di mana-mana, kau takkan expect yang apabila kau mengelak dari terjadinya masalah di sini contohnya, kau akan selamat dari dugaan lain. Itu silap. Allah adalah Pencipta yang memiliki langit dan bumi, malah kita sendiri adalah miliknya. Adalah menjadi hak-Nya untuk meletakkan di mana dan apa bentuk ujian untuk setiap daripada kita. Itu aku pegang sampai hari ini. Bersangka-baik pada setiap ketentuan yang telah Allah berikan. Insyaallah, jiwa kita akan tenang.


Pada penghujung Februari 2013 aku resign.


Itu keputusan aku. Jika bukan aku yang berkorban untuk anak aku, siapa lagi?


Pada masa yang sama, aku juga ada memohon untuk menempatkan Aqil di NASOM Segamat. Oleh sebab kampung aku kat Segamat, jadi aku pilih Segamat, sebab kat Johor ni cuma ada kat Segamat dan Muar sahaja. NASOM tu ialah National Autism Society of Malaysia. Tak kurang jugak yang mempertikaikan aku hantar Aqil kat NASOM ni, sebab sekolah biasa pun ada Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa, tapi bagi aku, aku malas nak cakap banyak, terpulang kepada ibubapa masing-masing. Bukankah cara hidup aku tak sama dengan cara hidup orang lain, cara hidup orang lain tak sama dengan cara hidup aku? Cara hidup sipolan tak sama dengan cara hidup sipolan jugak, jadi adakah semua kena guna formula yang sama? Masing-masing orang ada cara masing-masing dan masalah masing-masing. Pilihan ada kat tangan masing-masing. NASOM adalah pusat intervensi awal untuk Kanak-kanak Autisme, sahaja. AUTISME SAHAJA. Aqil ialah Kanak-kanak Autisme. Fullstop.


Kuasa Allah. 


Sebenarnya aku ada terbaca jugak kat facebook yang NASOM ni kena 'beratur' kalau nak masuk. Tapi aku macam automatik konfiden betul yang Aqil akan dapat masuk. Aku tak fikir panjang mana pun. Aku go with flow je. Tapi mungkin dah rezeki dia agaknya, alhamdulillah dapat masuk...
Semuanya selepas kami berpindah dari Kluang ke Segamat, dalam bulan Jun 2013. Masa tu semua orang nak tarikh yang tepat bila aku akan berpindah. Agak rimas jugaklah masa tu, sebab aku rasa macam orang-orang ni ingat aku ni pindah untuk suka-suka ke, sebab nak shopping-shopping kat Jakel ke hape, sampai aku rasa aku nak fikir pun tak habis, asyik tersangkut-sangkut je, macam-macam benda kena hadapi dan perlu dihadapi. Macam kalau aku cakap aku pindah bulan Mac tapi aku pindah bulan Jun dah macam error dalam hidup orang lain pulak. Bajet macam aku ni takde benda penting nak fikir agaknya, macam aku ni dah takde masalah lain nak fikir. Bukankah aku buat semua ni untuk masa depan anak aku?


Move-on.


Aku perlu ketepikan semua masalah lain. Satu yang buat aku jadi kuat;

"Mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat."

Aku yakin, Allah dengar apa isi hati aku.


Lepas ni aku nak cerita saat mula berpindah dan Aqil mula bersekolah. Insyaallah.


Tata.


Assalammualaikum. :)




Tuesday 8 April 2014

AQIL SEBAGAI KANAK-KANAK AUTISME DAN AKU SEBAGAI IBUNYA.

Assalammualaikum. :)

Nota: Entry ni agak panjang.  Hehe..


Aku ada seorang anak sahaja. Tak taulah memang ke belum ada rezeki lagi ke. 
Aku terima apa sahaja pemberian Allah. Percayalah, 'Allah is the best planner'. Aku terima sahaja. 
Aku juga tak kisah jika orang lain nak menanyakan 'next' ke, tak apa, aku tak kisah, cuma aku pun tak tahu nak jawab apa, standard la aku jawab tak ada rezeki lagi. Tapi aku tak pernah menanyakan soalan yang sama pada diri aku sendiri, kenapa dan bila. Macam yang aku cakap tadi, aku terima apa sahaja. Orang nak bertanya, tak apa, adatlah kan, takkan orang nak tanya pun tak boleh, baik ko duduk dalam hutan. :p

Nama dia Muhammad Aqil Dani Bin Mohamad Idzuan dan dia adalah seorang kanak-kanak Autisme.
Sebenarnya aku dah lama tak flashback, bak kata omputih, pasal kehidupan Aqil dari dia kecik sampai lah sekarang ni, especially selepas dia di diagnose sebagai Autisme oleh doktor. Tapi kat dalam entry ni aku rasa aku perlu kongsikan serba sedikit pasal kehidupan Aqil dan diri aku sendiri jugak dalam melalui kehidupan sehari-hari bersama Aqil. Manalah tau kalau ada sesiapa terbaca, dapatlah serba sedikit ilmu atau pengalaman yang aku kongsikan. Takdelah banyak...tapi boleh lah untuk dikongsikan ngan kengkawan semuakan.


Perasan tak? Perasan tak mak dia yang lebih-lebih?

Ala nyah, kasik la mak interprem sikit...:p


Susah untuk dikawal. Ikut suka hati dia nak lari tanpa rasa penat. Kenalah kawal ya.


Aku akan cuba ceritakan pelan-pelan, sebab aku sendiri tak tahu nak ceritakan macamana. 


Autisme adalah sejenis kecelaruan minda dan perkembangan yang menyebabkan kurangnya keupayaan dari segi sosial (pergaulan), komunikasi dan imaginasi yang terhad (contoh macam kita kan kita boleh fikir macam-macam, tapi macam contoh; dia akan buat satu-satu benda tu berulang-ulang sebab tak boleh create imaginasi yang bermacam-macam). 

Dulu aku kerja, jadi, mak mertua tolong jagakan Aqil, sebenarnya aku tak sampai hati sebab aku rasa lebih elok mak mertua aku berehat je dari jaga bebudak ni, lagi-lagi budak lelaki, lasak, tapi dia kata biar dia je yang jaga, mungkin dia lebih yakin dari segi keselamatan daripada kasi orang lain jaga cucu dia. Jadi, bila bekerja, aku kurang berada di rumah untuk nampak perkembangan dia dan tumbesaran dia. Tapi ada bagusnya kalau kat tempat kerja ni kita boleh kongsi dengan orang lain, rakan sekerja yang lain, yelah mana tau kot-kot mereka tahu kan. Tapi kalau mereka tak tau pun tak apalah. Ini semua kerja Tuhan. Kita kena percaya tu. Jangan nak merungut nak mendengus bagai. Percayalah, dunia ini sementara dan di dalamnya terdapat pelbagai jenis ujian. Kita sebagai manusia? Terima dengan hati yang terbuka dan redha dengan setiap ketentuan-Nya. Insyaallah. Aku ni bukannya baik sangat, tapi semestinya setiap apa yang berlaku, kita akan jadikan pengajaran di sebalik pengalaman.

Bebel jangan tak bebel. :p


Aku hanya sempat bekerja selama 5 tahun iaitu dari tahun 2008 sampai tahun 2013. Syukur alhamdulillah, dapatlah kumpul duit KWSP walaupun tak seberapa, hahah! sempat lagi ko. Itulah yang dikatakan rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan, kita hanya mampu merancang tapi Allah S.W.T menentukan segalanya. Masa aku bekerja tu Aqil baru berusia setahun lebih, masa tu dia baby lagi jadi takdelah yang menampakkan dia ni menghidap Autisme. Sebenarnya dikhabarkan, kanak-kanak Autisme ni boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan, kalau bernasib baik, dapatlah kesan awal. Tapi itu tidak berlaku pada aku, atas sebab apa tu? Atas sebab kekurangan dan TAKDE ilmu pasal Autisme ni. Tak pernah dengar pun. Sebab tu lah aku mengambil kesempatan seperti kat facebook, kat sini, untuk menceritakan serba-sedikit pengalaman aku sebagai ibu kepada kanak-kanak Autisme. Esok-esok kita tak tahu kalau-kalau cerita ni berguna untuk orang lain. Wallahua'lam.


Hari demi hari, kami sekeluarga hanya menganggap perkembangan Aqil yang lambat adalah apa yang orang selalu kaitkan, 'budak lelaki memang lambat sikit', 'budak lelaki memang lambat sikit berbanding budak perempuan' atau 'budak lelaki memang lambat cakap'. 
Tak kurang jugak ada yang kata aku tak ajar Aqil bercakap. 
Seriously dia rasa apa yang dia teka tu macam dah betul dah kan.
Suka hati lah nak cakap apa. Tak apalah. Hahah.

Sampailah pada usia Aqil 4 tahun, aku dah mula rasa lain macam dan tak sedap hati, walaupun masih ramai yang kata mungkin dia lambat sebab ada budak lelaki memang lambat cakap dan perkembangannya pun lambat sikit dari perempuan. Seriously aku blur betul masa tu. Rasa macam ye ke tak ye nih? Tapi aku buat macam kanak-kanak biasa je walaupun hakikatnya pada masa tu, tak dinafikan aku rasa agak sedikit tertekan. Biasalah, aku ni manusia biasa kan. Mana boleh hari-hari nak cool je manjang.

Aku masukkan Aqil ke sekolah tadika pada usia standard budak-budak masuk tadika, iaitu 5 tahun. Aku juga berharap lepas masuk sekolah ni Aqil dah tak hisap botol lagi dan putus pampers. Tapi, tidak. Dia masih macamtu jugak. Sampailah satu hari tu, suami aku cakap kat dalam kete, dia kata berkemungkinan Aqil ni Autisme. Aku pun terpinga-pinga dan macam dengar tak dengar je lah. Maklumlah, satu istilah yang asing bagi kita, susah nak bagi tumpuan, otak pun macam endah tak endah. Tapi dia ada cakap yang kawan dia ada bagitau dia begini dan begini dan dia pun ada search kat internet. Si maklumat di hujung jari tu lah.

Mungkin Allah nak tunjukkan.

Satu hari tu, tak semena-mena aku ada bukak sebuah rancangan Apa Kata Wanita, TV1, tajuk dia 
Kanak-Kanak Autisme. Itulah yang aku katakan mungkin itu jugak petunjuk dari Allah S.W.T. Apa yang dibincangkan oleh ahli panel tentang ciri-ciri kanak-kanak Autisme, semua ada pada Aqil. Antaranya ialah, suka berdiri dekat dengan dinding pastu dia tengok dan jalan ditepi-tepi dinding tu, macam Aqil pun ada, tapi Aqil lebih obses pada pagar. Aqil jugak tak suka berkawan dan lebih suka main sorang-sorang. Bercakap pun tak. Kalau dia cakap pun sepatah-sepatah. Tak pun dia ulang balik apa yang kita cakap. Kalau dia nak sesuatu, dia akan tarik tangan kita dan tunjukkan pada apa yang dia mahu. Dia juga akan mengamuk, atau dalam istilah lainnya 'tantrum', kalau apa yang dia nak tu tak dapat. Situasi mengamuk ni sebenarnya memang ada kat mana-mana budak, budak tipikal(normal) pun, tapi bezanya budak tipikal ni kita boleh explain pada dia, kadang dia faham tapi saja nak mengamuk jugak. Tapi kanak-kanak Autisme ni memang dia tak faham.


Masa Aqil sekolah tadika, aku pun excited lah, tetiap malam lepas siap buat kerja rumah, aku akan semak beg sekolah dia, dan ajar dia buat kerja sekolah. Tapi disebabkan aku tak tahu macamana perkembanan anak-anak orang lain dan cara mereka, aku pun tibai ikut cara aku. Macam biasalah, pegang tangan dia, ajar dia pegang pensel, menulis, mewarna, menggunting dan macam-macam lagi. Tak bajet lah aku boleh ingat bertahun punya nostalgia. Sikit-sikit tu boleh lah. Insyaallah.

Sampailah pada suatu hari tu, suami aku menyatakan pada cikgu tadika Aqil pada masa tu, yang dia rasa Aqil ni ada Autisme. Paling surprise bagi aku bila cikgu tu pun kata dia pun rasa ya, Aqil ni ada Autisme cuma dia tak sampai hati nak bagitahu kami sebab takut kami jenis parents yang tak boleh terima. Tapi alhamdulillah, aku rasa aku ok je, cuma baru-baru kenal istilah tu, rasa macam, ha? ha? apa tu?
 So, dia pun decide untuk tak beri Aqil homework macam kanak-kanak lain lagi dah. Pada masa tu aku mula rasa down habis. Airmata aku tak berhenti mencurah. Aku rasa macam dunia ni berhenti sekejap. Aku rasa macam apa yang patut aku buat masa tu????

Alhamdulillah, bermula dari saat itu, berkat doa yang tidak putus-putus, petunjuk demi petunjuk muncul dalam hidup aku. Aku redha yang Aqil bukan kanak-kanak normal/tipikal. Cuma aku sangat berharap yang Tuhan akan beritahu aku, guide aku, beri aku petunjuk dan tunjuk ajar, apa yang harus aku lakukan untuk tolong Aqil. Ya, aku perlu berkorban demi masa depan dia.

Hari demi hari Aqil bersekolah seperti biasa, walaupun pada hakikatnya dia tidak belajar, sebaliknya dia merayau-rayau kat sekolah. Ok tak apa, sekurang-kurangnya dia tak terperuk kat rumah, dan aku tidak pernah berhenti memikirkan cara untuk tolong dia walaupun masa tu aku kat pejabat. Otak aku fikirkan Aqil. Aku perlu buat sesuatu untuk tolong dia dan masuk dalam dunia dia dan kemudian bawa dia ke dunia kita!


Aku ambil keputusan untuk berhenti kerja.


APA YANG BERLAKU SETERUSNYA?

Apa yang berlaku seterusnya aku akan ceritakan pada entry berikutnya sebab aku ada banyak kerja nak buat ni. Sampai jumpa lagi. Insyaallah.

Tata.


Assalammualaikum. :)

SEMALAM AKU AGAK HEBAT.

Assalammualaikum. :)


Sebelum ni aku rasa macam memasak ni kena ikut peraturannya betul-betul barulah masakan kau akan menjadi. Takde maknanya. Semenjak aku semakin membesar bagai johan ni, aku agak cekap di dapur. Ceeewaahhhh...cakap tak nak kalah la ek ko.. Ok ok, takde, macamni, maksud aku macam aku dulu selalu rasa masakan yang menggunakan santan itu susah, macam kari atau masak lemak cili padi. Aku rasa kalau orang masak kari dengan masak lemak cili padi ni kira dah hebat dah. Mana taknya, asal masak guna santan je mesti kena api kecik, pastu kena kacau supaya tak nak bagi pecah minyak. Ingat senang ke? Hahaaa... Kau rasa?


Semalam aku rasa macam tak percaya pun ada, atau mungkin aku pernah merangkul kejayaan seperti semalam tapi aku yang tak perasan ke kan ..kihihihihihihh... Sebab semalam dalam masa kurang daripada satu jam, iaitu dari pukul 5 petang sehinggalah pukul 6 petang tu, aku berjaya masak nasi, masak lauk kari ayam dan masak sayur, tak ketinggalan sambal belacan, ehhhh...mestilah kena ambil kira sebab tu pun kira masakan jugakkan, pastu amik masa jugakkan.. Ek elehhh...lebih pulak aku ni..kihkihkih..


Tapi tak taulah kan, sebab aku masak untuk diri aku sorang, adakah itu yang menjadikan masakan aku begitu agak sepantas kilat gitu...haha... Tapi kalau nak diikutkan aku yang bersifat hegeh di dapur ni memang susah nak mendapat pencapaian seperti semalam. Tapi mungkin jugak disebabkan aku risau anak aku sensorang kat atas sebab tu aku masak macam kilat, tapi jangan sampai hilang fokus...bahaya... Kalau dah duduk kat dapur, otak jangan melilau, sebab takut nanti lupa tutup api, lantai licin dan sebagainya. Ingat tu eh...


Aku masak kari je pun tapi membebel macam kat seminar kan. Tapi aku bersyukur lah sebab aku sekarang dah pandai masak kari dengan masak lemak cili padi yang aku dok fobiakan sangat dulu tu. First time aku masak lemak cili padi, santan dok kat atas, air kat bawah, time tu aku nak masak siput sedut. Tu dia santan dok terapung elok atas air. Frust betul aku masa tu. Aku siap basuh balik siput tu sampai putih melepak, sampai tertanggal-tanggal dari cengkerang dia, pastu aku goreng ngan sambal, buat macam berlada. Boleh pulakkan santan tu terapung, berpisah dengan air dah macam kuih seri muka pulak.


Betul la kata orang, 'practise make perfect', satu-satu benda tu kita kena cuba banyakali baru boleh jadi. Macam nak buat blog ni jugak, macam-macam benda ntah hape hape aku picit, tekan, delete ntah hape semua baru boleh jadik. Tak kisahlah janji dapat bebel kat sini dan dapat kawan baru. Oklah oklah, berbalik kepada kehebatan aku semalam, ecewah ko, aku nak sertakan bingkisan menu aku semalam.

Waahhh...gitewwww...bingkisan kate ko...



Aku suka makan depan t.v sebab aku rasa bising dan macam ramai je keliling aku. Baru selera.

Bhahahahaahhh...



Bunga cengkih tu bukan untuk hiasan eh, tu memang aku suka makan.


 
Nyambil-nyambil tunggu masakan siap, makan buah, so takdelah rasa kebulur sangat kan.


Sayur.


Lauk Kari Ayam ni boleh dapat 2 hari ni, aku panaskan la dari masa ke semasa, alaa..samala kite ye tak.. Sayur tak boleh lah kan, 2 kali ngap siang ngan malam, dah boleh cuci dah kuali tu. Kuah kari tu aku cicah ngan roti sambil-sambil tengok t.v.


Oklah, sekianlah entry kokak aku ni.


Tata.


Assalammualaikum. :)




SYAMPU ANAK.

Assalammualaikum. :)


Mula-mula dapat menulis kat blog ni dah macam orang jakun pun ada aku tengok diri aku ni. Satu hari nak sampai dua tiga post. Kadang-kadang istilah pun macam hentam keromo pun ada. Inilah yang dikatakan menulis dari hati ye tak? Ayat ni pun aku macam pernah baca dan aku tiru masuk kat sini. Kalau tak menulis dari hati, habis dari mana? Eh ntah la aku ni kenapa merepek-repek ni. Tadi kata nak cerita pasal Syampu Anak. Apa orang lain tak syampu anak dia ke? Hehehe... oklah oklah. Gurau je k. 
Gurau + Merepek = Grepek.


Minggu lepas aku macam termangu-mangu sebab anak aku tak berapa sihat. Lorat betullllll. 
Bukan apa, aku ni kalau anak aku tak sihat aku tengok dia macam satu macam, dengan takde seleranya, main pun macam buntu je aku tengok, sebab kalau boleh aku tak nak dia bosan. Bila kita sihat, kita happy fikiran kita pun sihat. So, bila dia tak sihat kadang-kadang nampak macam dia termenung pun ada, jadi moralnya kalau anak kita buat sepah, buat bising tu tandanya dia sihat ya. Syukur alhamdulillah. Ni pun tak delah apa sangat, cuma adatlah seorang ibu bila anak dia tak sihat, terasa macam ada lima enam masalah negara yang nak diselesaikan. Baru anak sorang dah macam gini.

Jadi apa kaitannya dengan tajuk syampu seperti di atas?

Baru-baru ni aku pegi Giant, tengah melilau-lilau kat dalam Giant tu nampaklah sepasukan jenama ni macam menarik je kan. Kat area mandian kanak-kanak. Memandangkan aku ni seorang ibu tua yang berjiwa muda dan tak sedar diri sebab masih suka pada corak kartun-kartun, aku pun rasa macam menarik kalau aku bawa pulang 3 makhluk ni. Bukan apa, secara psiko nya aku fikir boleh lah untuk dijadikan penawar hati untuk anak aku yang tak berapa sihat tu.

Mickey Mouse and Friends.

Tak silap aku Si Mickey Mouse ni ramai lagi kengkawan dia. Mungkin tidak hadir.
 Jadi aku bawa pulang 3 sekawan ni aje.
3 sekawan dah bunyi macam bunga cengkih, kulit kayu manis dengan bunga lawang je?

*pon boleyyyyy*


Mickey Mouse


Standard arr kan, dia ketua pasukan so muka dia kena yang atas sekali ye tak.

Minnie Mouse


dan;




Donald Duck


Ikutkan ramai lagi kengkawan dia kan? Goofy, Daisy, Pluto pastu sape lagi ntah. 

Anak aku hafal lah sebab memang kengkawan dia. Sebotol ni RM5. Mula-mula rasa macam eh? membazir tak ek? Tapi syampu ni kan boleh dipakai, pastu botol ni boleh simpan buat koleksi, tu pun kalau yang berminat la, sebab aku sendiri pun sebenarnya macam tak kuasa nak simpan-simpan koleksi apebenda, sebab bagi aku menyemak. Tapi pandai-pandailah nak hidup, sendiri buat sendiri tanggung, pandai-pandailah nanti tengok mana nak sumbat kalau dah habis isinya nanti.


(dulu tak dapat nak beli, bila dah ada anak, gunakan nama anak, padahal ko yang lebih-lebih kan? kan?

:p


Tata.


Assalammualaikum. :)







Monday 7 April 2014

MENU SIMPLE KE MENU MALAS?

Assalammualaikum. :)


Sebenarnya aku cuma suka menulis je. Menulis macam ni, taip je tak payah letak tajuk. Tak retilah nak reka tajuk apa, sebab kalau menulis tak payah reka, tulis je apa yang lalu kat otak ni kan. 
Takpelah takpelah, abis nak buat macamana. Bolehlah bolehlah....

Oklah, dah beberapa hari ni anak aku tak berapa sihat, tapi syukur alhamdulillah dia masih boleh bermain macam biasa, macam biasa cuma dia selesema dan batuk je tak baik lagi, demam dah takde. So, standard lah kan sebagai seorang ibu mesti rasa risau, pastu dia macam takde selera makan sangat, kalau ada pun asyik nak mee segera je....lemah aku. Jadi, fikir punya fikir punya fikir, aku cuba la letakkan diri aku kalau aku demam selera aku macamana, jadi aku pun buatlah bubur kosong pastu aku buat telur hancur, kasi dia, alhamdulillah syukur, habis 2 mangkuk.

Hari ni aku buat lagi, tapi aku letak sosej hiris-hiris. Air kosong kasi banyak-banyak.

Lupa nak letak kicap.


Oleh kerana dia tak berapa sihat jadi aku tolonglah suapkan. Kalau tidak aku rasa kesian tengok dia nak makan dengan selesema dan batuk dia tu, rimas pun ada tengok. Tapi takpe, alhamdulillah, cuma selesema dengan batuk aje. Syukur alhamdulillah. Aku pun selalu mintak pada Allah semoga aku sihat so boleh jaga dia.

Bila anak tak sihat, aku pun rasa macam takde mood je. Kalau nama aku Mahmood pun belum tentu aku akan ada mood. Rasa tak best bila rasa macam ni. So kenalah muhasabah diri dan lawan bisikan syaitan tu. 


Ni sarapan aku tengahari tadi.

Tengahari baru sarapan, kau rasa? Aku sakit perutlah pagi tadi, tu yang forward ke tengahari dalam pukul 12.15 baru terasa nak makan. Petang sikit aku nak masak kari ayam, aku suka kari ayam ni sebab kalau ayam dah tak ada, kuah dia kita boleh makan dengan roti. Lagipun roti aku komain panjang aku beli, tinggal berdua tapi beli roti yang panjang, silap-silap esok ngan lusa tak payah masak nasik, makanlah roti dengan kari sampai kembung.  Lagi 2 hari je nak expired, tu la sape suruh tamak. Hahaha.

Hari ni aku rasa masa sungguh cepat berlalu, tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan hari ini, sebab aku asyik tengok internet, google untuk cari bahan dan idea untuk buat homeschooling. Macam blur blur pulak rasanya hari ni.

( alaaa..ko tu bukan hari ni jer blur, macam hari-hari je )

>_<

Tata.


Assalammualaikum. :)




NASI GORENG SEAFOOD.

Assalammualaikum. :)


Hahahaha... tak kelakar pun tapi aku je rasa kelakar. Selalunya kalau aku nak masak nasi goreng, aku akan sebut je 'nak masak nasi goreng', tak kisahlah apa yang aku letak dalam nasi goreng tu, semua kategori aku akan bahasakan 'nasi goreng' je. Tapi kalau kat kedai barulah aku akan cakap Nasi Goreng Ayam ke Nasi Goreng Padprik ke, contohnya la.

Hari ni aku bercadang untuk buat Nasi Goreng Seafood. Nasi goreng ni aku belajar dari kawan baik aku masa datang rumah dia dulu. Dia nak masak untuk laki dia tapi aku mengelat sikit mintak, hehehe..baik tak aku? Baik tak? Kan? Kan? Hahaha...

Dulu aku ingat kalau kita masak nasi goreng menggunakan rencah nasi goreng yang paket tu, kita dah tak payahlah guna bawang apa semua, rupanya rencah paket tu adalah untuk menyedapkan nasi goreng kita, bawang dengan cili padi tu still la kena letak, barulah sedap. Patutlah dulu kalau aku masak nasi goreng guna rencah paket, aku rasa nasi goreng aku macam ntah hape hape. Tapi tak baiklah nak cakap macamtu, tapi bagi menggambarkan perasaan aku pada masa tu, sebelum cuba resepi ni, ha begitulah..begitulah perasaan aku.


Jadi pada hari ni, aku dengan sengajanya ingin menghebahkan resepi tersebut. Hehehe.. amboi kemain mukadimah pasal nasi goreng je dah berbakul.

Walaupun umum sudah mengetahui dia ni hero dalam masakan ni, takkanlah tak bagi dia inteprem ye tak. Tunjuk mesti mau kasi tunjuk. Nasi sejuk.

Bawang putih, bawang kecik, cili padi dan belacan. Tumbuk.


Sotong.

Udang putih. 

eheheheee.... Kepala udang pun ada? Ehhh.. hehe.. ntah ye, aku rasa suka pulak letak sikit sebab bila garing dia rangup, lagipun masa beli dia ni ditimbang sekali kan? ehehehee... ni kalau aku masak untuk diri aku sendiri je perangai aku jadi macamni, kalau masak untuk orang ramai aku sopan sikit. :p

Sawi dan fishcake.

Cendawan Tiram.

" Haiiii...sayalah yang dimaksudkan oleh penulis blog ini tadi... taraaaa....!!!"

Tumpang bersandar pada cik puan sawi.

Dah..moh..moh..nak bertolak dah ni...

Bahan-bahan tumbuk tadi tumis sampai garing, letak perencah nasi goreng, warga seafood, sawi dan fishcake, gaul pastu biar diorang borak-borak kejap.


Aku baru tau sotong ni tak boleh masak lama sebab nanti dia akan liat. Tu ada bagusnya tengok Masterchef haritu.

Aku ni bukannya pandai masak, tapi untuk lepas diri sendiri dan suami bolehlah. Kalau yang jenis cerewet tu tak taulah boleh telan ke tidak masakan aku, hehehe, sebab aku masak biasa-biasa je, sebab ada orang kalau pakai santan nak kena santan yang kelapa betul tu, aku pakai santan kotak je. Itu contoh ye. Lain orang lain la seleranya betul tak. Baguslah kalau siapa yang suka santan kelapa yang pure tu, fresh ye tak. Aku ni malas nak duduk dapur lama-lama, korang rajin takpela, hihiihh..

*serkup muka ngan baldi*

TARAAAA....!!!!!!!


Terima kasih pada sahabatku Ayong yang ajar buat nasi goreng ni.

* kesian. masak nasi goreng pun kawan ajar. :( *

Cendawan tu masuk last sekali la kan sebab dia lembut. Awww..!!!

M.H.I ~ Menu Hari Ini.

Kalau orang tanya, "kau masak apa tengahari ni?", "kau masak apa malam ni?"
Jawapan aku sama je, nasi goreng. Haha. Malam ni panaskan je.


Oh tidakkkkk..!!!! Sebenarnya aku baru teringat yang aku lupa beli beras..!!! 

Takpelah.

Syukur Alhamdulillah. :)

Tata.


Assalammualaikum. :)