Wednesday 21 May 2014

AQIL BUKAN SAHAJA SI JANTUNG HATI, MALAH PENYEJUK HATI SAYA.

Assalammualaikum. :)


Kalau. Kalau. diulangi sekali lagi, kalau. Kalau ada sesiapa baca entry saya, especially lepas-lepas tu, saya ada cerita pasal anak istimewa saya iaitu seorang kanak-kanak autisme, Aqil. Nama penuh dia Mohamad Aqil Dani Bin Mohamad Idzuan. Ingat lagi masa Aqil baby dulu, memang semangat dia ni. Kira kalau tengah dokong dia pastu kunci rumah jatuh, hah toksah le amik, kalo nak amik jugak memang takleh bangun balik. bhahahahahahh..!!! Masa Aqil umur 3 bulan je berat badan dia dah 7kg! Memang semangat.

Pada masa tu, tak siapapun antara kami menyedari satu hari nanti dia akan di diagnose sebagai kanak-kanak autisme dan mempunyai kad OKU. Sebenarnya, kita sebagai manusia, kalau tidak mengaitkan apapun yang terjadi dalam hidup kita dengan Allah Taala, kita memang tak terasa kenikmatannya. Wallahualam. Aku berani cakap macamni, sebab aku mengalaminya. Wallahualam. Tapi ujian buat aku tak sehebat ujian orang lain kan. Malah, pemberian atau hadiah kurniaan Allah iaitu anak istimewa seperti Aqil, memang sangat-sangat aku syukuri. Macam yang aku pernah cakap kat facebook, Aqil hadir dalam hidup aku membawa rahmat dan kasih sayang Allah. Kalau lah dapat aku cerita kan satu persatu apa yang Allah bicarakan pada aku melalui Aqil ni, sungguh la memang aku cerita, tapi ingatan aku ni terhad, jadi yang mana aku ingat ajelah.

Sebagai seorang ibu, mana-mana ibu pun, apa yang terungkap di mulut kita,oleh lidah kita adalah doa, betul tak? Ok. Jadi, tak salah dan sangat tidak salah kan, jikalau aku sangat-sangat memuji Aqil, dan yang paling penting, aku memandang tiap-tiap suatu di muka bumi ini, kita semua ini milik Allah, ciptaan Allah dan kepunyaan Allah, maka dengan itu tidak ada langsunglah rasa bangga mahupun riak apetahlagi meninggi diri. Apa sahaja keistimewaan yang ada pada Aqil, adalah kepunyaan Allah. Sama macam orang lain jugak atau apa sahaja, semua kepunyaan Allah. Kita manusia yang hina lagi berdosa dan kerdil ini, tak punya apa-apa.

Baiklah, aku nak story sikit pasal Aqil masa kecik dulu, dia ni start baby lagi memang aku dah biasakan mengaji. Masa pregnant lagi. Masa aku pregnant, aku tak kerja. Pulak tu masa mengandungkan Aqil aku tak suka tengok tv! Kalau aku tengok tv, lagi-lagi berita, aku rasa nak muntah. Aku tak boleh tengok orang dalam tv. Korang pun toksah tanya kenapalah pasal orang mengandung ni memang macam-macam hal. kehkehkeh. Memang setiap hari kerja aku dari petang, Maghrib sampai nak dekat pukul 11 malam ke atau 10 malam ke aku tak ingat dah, memang kegemaran aku mengaji. Ni nak kata masa tu memang aku tak rajin tengok atau dengar ceramah agama macam sekarang ni, jadi memang totally aku mengaji sebab minat. 

Jadi, nak dijadikan cerita, memang bukan daripada baby, malah dari dalam perut lagi Aqil dah biasa dengar ayat-ayat suci al-Quran. Bila dia dah besar sikit, dah pandai guna walker, yang baby duduk dalam dia pastu seret pakai kaki tu kan, masa tu aku dah start suka bukak slot Indahnya Iman kat Astro Oasis. Tapi masa tu takde PVR lagi so takleh la nak rakam-rakam ni, jadi kalau nak dengar kenalah tunggu waktu siarannya iaitu setiapkali masuk waktu Solat. Aqil pulak bila dengar je zikrullah dari Indahnya Iman tu akan terus bawak walker tu sampai depan tv, memang kalau tengok cara dia tonton tu tak macam usia dia masa tu. Dia memang ralit dengar. 

Aku jadi sedih masa taip ni. Sebab aku tak sangka, sepanjang aku hidup dengan tidak membawa apa-apa keistimewaan dalam diri aku ni, Allah Taala berikan aku satu hadiah yang sungguh istimewa. Aku tak tau nak kata punya bersyukur dan gembira, walaupun nak menjaga anak autisme ni bukanlah mudah. Bukanlah mudah tu memang tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata, taip pun tak boleh. Selagi aku mampu, aku akan korbankan, jaga dia sehabis daya dan sebaik mungkin.

Semakin dia membesar, Aqil memang membawa imej agama dalam diri dia. Terus-terang cakap, aku memang tak suka betul kalau dia nyanyi lagu Gangnam Style ke apa ke, tak yah tanya lah kenapa, ni bukan soal sporting morting, sebagai ibu dan sebagai hamba Allah dan juga umat Nabi Muhammad dan juga orang Islam, kita ni dahla banyak dosa, jadi aku tak nak lah menambahkan lagi rencah-rencah merepek merapu meraban dalam diri aku apetahlagi anak aku. Life must go on. Jadi untuk meneruskan kehidupan tu kita berhak pilih jalan yang baik dan diredhai oleh Allah.

Sekarang umur Aqil dah 7 tahun. Tabiat Aqil kalau dia dah tak nak tengok kartun dia akan tengok zikir kat tv, kadang-kadang aku bukak rakaman Malam Cinta Rasul iaitu qasidah. Paling aku suka, Aqil belek-belek al-Quran masa aku ngaji, nanti dia duduk sebelah, dia pun ngaji ikut cara dia, bunyi mengaji tu memang ada tapi takdela sama macam kita yang dewasa ni kan. Dia juga suka Yasin. Pendek kata, kat mana-mana kat rumah ni memang ada Yasin dan dia lah yang guna Yasin tu. Kalau aku tutup tv dan laptop masa tengah hujan, ada guruh, petir semua, masa tu dia akan cari kitab Yasin, dengarlah suara dia baca Yasin tu ikut cara dia. Sampaikan pernah satu hari dia suruh aku ulang baca Yasin sampai tiga empat kali.  Tengoklah, kalau tak kerana dia, ingat aku ni rajin ke nak baca Yasin banyakali, Subhanallah. Terima kasih Allah. Wallahualam.














Moment-moment ini semua adalah pemberian Allah. 

Andaikata Aqil bukanlah bersifat semulajadi seperti yang Allah kurniakan ini kepadanya, bagi aku bukanlah mudah untuk aku bentuk seperti dia yang hari ini. Ini semua kuasa Allah S.W.T, kerana aku manusia yang terlalu banyak khilaf. Wallahualam.


Jumpa lagi di lain entry.


Assalammualaikum. :)

No comments:

Post a Comment