Tuesday 20 May 2014

OPS! MEMBANTERAS PEMBAZIRAN SUPAYA TAK BERSAHABAT DENGAN SYAITON, BIAR SYAITON TAKDE KAWAN, PANDAI-PANDAI DIA LA...

Assalammualaikum. :)


Lepas ni aku kena lebih peka dengan stok-stok makanan kat rumah ni. Sebagai manager (masuk-masuk kerja je terus naik pangkat ok) aku kena pastikan bukan sahaja stok barang dapur, malah stok bahan mentah, pencuci dan sebagainya berjalan lancar. Jangan nak terkial garuk-garuk kepala, bila time nak guna je barang takde. Serupa la macam kalau kat ofis kan, tetiba dakwat pen habis pastu nak amik pen baru sekali takde stok, confirm la kena ada stok kan, so sama. Jangan pandang remeh hal-hal kat rumah ya, kan kata 'Rumahku Syurgaku', tapi boleh jugak kalau nak buat 'Rumahku Kedai Runcitku'. Lagi-lagi bahan nak mencekik. Of course la kena standby. Kang tak pasal-pasal togel pulak pokok serai Cik Ros kat depan tu aku hongges sebab lapo. Lagi-lagi ada anak kecik, alah tapi kalo anak beso pun nak makan jugak ye tak.


 Memang betul ada rumah yang dah macam kedai runcit dia punya simpan stok, bagus betul, tapi! Lihat tajuk entry di atas tu. Apa kau tak sentap ke dengan tajuk entry di atas tu? Panjang macam rambut pontianak harum pakai syampu. Kita perlu ada stok, tapi jangan sampai membazir especially yang dah sampai tarikh luput, dan dah terlajak-lajak dah pun.


So masa masak tadi aku tengok-tengok peti ais, okkkk...ni memang bukan suka-suki boleh bedal secara tidak berjadual, ngam-ngam je aku tengok. Sebab bukan apa, kalau aku beli lebih pun tak bagus sebenarnya. Tapi entry ni hanya bagi pendapat aku, takde pun aku rujuk ensiklopedia ke atlas ke hape ke. Kalau kata aku beli stok (makan) untuk satu minggu punya,  walaumacamanasekalipun, eh eh betul ke aku sambung semua ayat tu sekali harung? aku kena pastikan semua stok makanan itu mencukupi untuk kami sampailah Sabtu atau Ahad berikutnya. Satu minggu. Tapi macam kes aku, sebab aku memang tunggu my weekend husband balik tetiap minggu untuk pegi beli barang dapur. Kalau yang tetiap hari pegi kedai ke pegi pasar ke tu aku tak tau la. Masing-masing orang lain cara kan. Kalau nak pegi kedai satu jam sekali pun boleh. 


Lagi pulak bagi aku, aku dapat disiplinkan diri aku dengan corak pemakanan aku jugak. Sebagai contoh kalau aku beli ayam sikit, dalam 6 ketul ke (bukan 1 ekor), ikan seekor, sotong 3 atau 4 ekor, telur 10 biji, sawi 2 pokok, terung 1 batang, petola 1 batang, suun + pucuk 1 paket. Ok ini contoh sahaja ya. Ok kalau ikutkan tekak dan selera kita ni, memang kita akan masak ikut suka hati kita dan barang-barang tadi tak cukup sebenarnya untuk tempoh seminggu, jadi nak tak nak aku akan sukat berapa yang aku kena masak setiap hari, untuk maintain kan nak sampaikan ke hujung minggu, secara tak langsung aku jadik kreatif dan jimat! Ok kalau susah sangat nak faham, ok katakanlah aku beli ayam sekor, ikan 2 atau 3 ekor, sotong lagi, sayur 2 atau 3 jenis tapi lebih dari 1 batang atau 1 pokok, besar kemungkinan ada di antara sayur-sayur tu kita tak sempat masak, dan dia akan layu dan akan melibatkan pembaziran. Memang bahan mentah yang lain macam ayam, ikan tu kita boleh simpan, tapi kalau kita renew weekly, kita boleh maintain tahap kesegarannya. Sekurang-kurangnya la kan.. ni bagi pendapat aku la.


Aku pun bukan boleh sekali buat eksperimen terus jadi, confirm nak kena banyakali buat salah, sampai kehabisan stok takde apa nak makan dan struggle dan lepas tu baru belajar dari kesilapan. Berkali-kali revise. Macam kita dulu nak belajar jalan, kenala tatih dulu. Mana-mana pun sama. Ini semua salah satu langkah nak jadi surirumah yang baik la kekdahnya ni. Baiklah sangat! Insyaallah.


So tadi aku tengok bahan mentah dalam peti ais aku masih tak bertetapan dengan konsep stok untuk seminggu yang aku cakapkan tadi, cis! ok takpe, minggu akan datang ni cuba lagi. Jadi setelah aku semak, ada beberapa bahan makanan yang boleh menyelamatkan aku untuk cukupkan stok makanan sampai hujung minggu ni. Tapi bahan kering la, tarikh expired pun masing-masing dalam tahun ni jugak. So, inilah yang aku katakan ops! nak banteras pembaziran! Haaaa....gitu. Antara yang telah dikenalpasti ialah....wah dah macam bahagian siasatan jenayah Bukit Aman pulak..kihkihkih..


Quaker Oat.

Dia ni famous dan popular. Asik muka ko je masuk talibisen eh?

Ok quaker oat ni expired bulan 7 tahun ni, jadi dia adalah calon pertama yang akan aku cekik nanti. Paling pasti sekali untuk santapan di waktu pagi dan petang. Memang tahan dua tiga hari je ni. Siap sedialah kau nak meninggalkan alam yang fana ini. muahahahahahah.

Ikan pekasam.

Ucapan untuk ikan pekasam ni, kau ada masa 3 hari lagi untuk menikmati kehidupan dalam peti ais. 


Ikan kering.

Ikan kering ni aku tak pasti pulak jangka hayat dia sebab ikan kering ni boleh tahan lama so dia ni kira senang nak jaga la tak banyak songeh. Kalau lambat habis pun takde la kisah takut dia busuk ke apa sebab dia memang busuk pun..wakakakakaka!!! Kira macam rescue 911 pun ye jugak di saat-saat takde lauk kan.


Serunding daging.


Aku ni tak berapa minat serunding. Tak kiralah serunding apapun, lagi-lagi serunding kelapa. Tapi aku minta maaf sebab sebenarnya tak bagus kita ni nak komplen-komplen rezeki bagaikan, tapi secara jujurnya ltulah dia. Tapi kenapa aku beli? Tak tau. Aku pun tak tau kenapa. Silalah lempang jika sudi.

Roti, biskut dan biskut.

Nampak? nampak? roti ada lagi sebuku, biskut sebungkus kecik dan setengah telap biskut empat segi. Siapa yang bertanggungjawab ke atasnya kalau bukan aku? ya, memang aku tapi hasben aku pun boleh jugak bahagian biskut sebab biskut tahan lama so tak banyak buat perangai jugak. Tapi benda-benda ni memang nak kena ada stok ya, jangan nak harapkan nasik je.

Minyak masak.

Ok minyak masak ni bukan stok ya. Sekarang aku memang prefer beli minyak botol kecik, aku dah tak nak beli yang botol besar tu, sebab aku tak suka minyak tu mendak dan aku tak suka juga mendapan pada minyak tu. Tak ada apa-apa pun. Biasalah lain orang lain gayanya ke kan. dan apa yang lebih penting yang aku suka ialah aku akan jadi lebih berhati-hati nak gunakan minyak. Takdelah tonggeng ikut suka je, maklumlah beli satu tong besar yang 5kg tu. Eh tapi kalau yang anak ramai atau duduk 1 family besar memang sesuai la beli yang besar tu. Kalau aku nak masak sayur ke tumis ke aku akan letak sikit je sebab aku tahu aku punya minyak sikit, secara tak langsung dapatlah jaga penggunaan minyak dalam makanan kan. Itu bagi diri aku ya, bagi diri aku. Hehehe.


Hari ni aku masak sup sayur petola, letak cendawan tiram sikit, sawi sikit, carrot sikit, so masing-masing dapatlah menyumbang vitamin dan zat masing-masing dalam sup sayur aku kan. Letak suun ngan pucuk sikit, pecah telur sebiji, dan makan dengan ikan pekasam. Alhamdulillah kenyang.


Korang jangan ingat aku kedekut pulak ya. Kadang-kadang bila kita makan secara sederhana dan berhemah macam ni, ewah mana datang hemahnya tu? Secara tak langsung mendidik diri kita jangan asyik nak makan sedap je, ramai orang kat luar sana tu nak makan pun susah, nak makan nasi ngan kicap pun susah, so sesekali kita kena muhasabah diri kita, kalau nak muhasabah dua kali pun boleh jugak. Makanlah asalkan kenyang. Syukur alhamdulillah.

Bukan Lautan Hindi bukan jugak Tasik Baikal, ini sup sayur petola.


Ayam goreng sebelum kejadian.

Aku jamu anak aku nasi ngan ayam goreng seketul lepas dia balik sekolah. Lagi seketul petang nanti. Kalau tak buat jadual macam ni kasi satu reban pun boleh licin.

Milo kurang manis. Less sweet gitu!

Aku kalau siang-siang hari memang nak kena 3 cawan air manis, tak kiralah milo ke kopi ke teh ke. haipppp...ni kalo mak aku tau ni habis la. 1 cawan pagi, 1 cawan tengahari dan 1 cawan petang. Tapi hagak-hagak la kan, mentang la aku mention sini air manis tapi takdelah manis macam kita minum kat kedai tu, light-light je, sebab siang sampai malam hari sampai nak patah balik pagi semula aku memang guna banyak tenaga ok, aku pun takde la togak air manis semata-mata, 1 liter air kosong tu dah tentu-tentu jadi kewajipan. Tambah pulak air kosong pakai air Dr. Sukida, memang sedap! Walaupun air kosong tapi memang clear je rasa bila minum, beza habis dengan air mineral. Tak tau nak kata, kena cuba sendiri air Dr.Sukida.

Okaylah, marilah kita sama-sama cuba berbelanja dengan berhemah dan bijak. Aku pun tak bijak tapi nak cuba ni jadik bijak. Lagipun kos hidup kita kan semakin meningkat. Mana nak jumpa perbelanjaan macam tahun 90-an dulu, 80-an lagilah...hukhuk... Kadang-kadang kita kena cari inisiatif lain selain daripada orang sekarang cari duit lebih, buat part-time bagai, sang suami bekerja, si isteri pun bekerja, tapi perbelanjaan kita pun kena berpada-pada, jangan asyik nak makan tu nak betul-betul ada rasa, cukup rasa, nak sedap, complete bagai, ingat ya, kita tak tahu berapa ramai kat luar sana tu sedang kelaparan tak makan, negara luar apetahlagi, muhasabah diri, aku tulis kat blog pun sebab aku nak otak aku ni akan selalu ingat apa yang aku tulis. Semoga adalah manfaatnya entry ni. Insyaallah!


Sekian dulu. Jumpa lagi ya.


Assalammualaikum. :)

No comments:

Post a Comment