Petang tadi hujan. Alhamdulillah syukur pada-Mu Ya Allah... Sejuk rasanya. Kadang-kadang kita kena muhasabah diri kita, panas pun Alhamdulillah, hujan pun Alhamdulillah.
Dialog Musim Hujan : Aduiiiihhhhh..... bila nak berhenti hujan niii...baju tak kering laaa..mintak-mintak laaa esok hujan berhenti...
Acaner tu Bedah?
Acaner tu?
Ape ko nak kata?
Dah tak yah nak kata apa, diam je, biar aku je yang bebel sorang-sorang.
Biasanya kalau sebut makan malam je lazimnya kita mesti dah terbayangkan lauk kari ayam, ikan goreng, sayur campur, ayam masak lemak cili padi, haahhh..!!!!! asam pedassss...!!!! Waahhh ..feberet mak tu nyahhh.. Tapi aku lain. Ehem. Aku punya menu makan malam 'up' sikit daripada tu. 'Western'? Memang! Memang tak arrrrr.....
Sayu hati aku.
Tapi bukan sebab menu aku ni. Tapi sebab suratkhabar yang aku buat alas tu cerita pasal
#MH370.
:'(
Terdapat 2 spesis ikan kering kat dalam mangkuk ni, namun identiti sebenar mereka belum dapat dikenalpasti. Cuma yang pastinya satu rumah bau bacin disebabkan oleh mereka.
Disamping ikan-ikan kering yang begitu tulus dan ikhlas baunya tu ialah bawang besar yang dihiris dan cili padi, goreng sampai layu. Menipu la kalo tak tau.
Tiba-tiba teringat kat kawan aku dulu, dia boleh tanya aku 'apa ni?'
Sambal Belacan.
Wehhhh...betul ke weh ada orang Melayu kita tak pernah tengok sambal belacan???
Uwaaaaa....tensionnya akuuuuu...rasa macam nak terjun perigi je uwaaaaa.....
Takpelah takpelah. Haiihhhh...
Nasi dan Serunding Daging.
Waaahhhhhh......jimat gas betul nampaknya kalo macamni menu aku. Hahahaha. Tapi tak jugak, sebab aku suka jerang air. Eh apesal berkira sangat nih. Teheheee...takdelaaaa ..gurauuuu....
Milo dan Air Milo.
teheheee....
Maklumlaaa..dulu masa kecik-kecik tak dapat buat cenggini. Inilah masa yang sesuai dan tepat untuk melepaskan gian. Bhahahahahahhh....:D
Oklah, kejap lagi nak kasi anak makan ubat, dia masih selesema dan batuk. Lepas tu sila tidur ya anakku.
Assalammualaikum. : )
selalunya masakan yang simple..tulah yang sedap kan :)
ReplyDeleteEh eh ..nasib baik perasan ada komen. Terima kasih Puteri sudi singgah.. Memang ya Puteri. : )
Delete