Tuesday, 8 April 2014

AQIL SEBAGAI KANAK-KANAK AUTISME DAN AKU SEBAGAI IBUNYA.

Assalammualaikum. :)

Nota: Entry ni agak panjang.  Hehe..


Aku ada seorang anak sahaja. Tak taulah memang ke belum ada rezeki lagi ke. 
Aku terima apa sahaja pemberian Allah. Percayalah, 'Allah is the best planner'. Aku terima sahaja. 
Aku juga tak kisah jika orang lain nak menanyakan 'next' ke, tak apa, aku tak kisah, cuma aku pun tak tahu nak jawab apa, standard la aku jawab tak ada rezeki lagi. Tapi aku tak pernah menanyakan soalan yang sama pada diri aku sendiri, kenapa dan bila. Macam yang aku cakap tadi, aku terima apa sahaja. Orang nak bertanya, tak apa, adatlah kan, takkan orang nak tanya pun tak boleh, baik ko duduk dalam hutan. :p

Nama dia Muhammad Aqil Dani Bin Mohamad Idzuan dan dia adalah seorang kanak-kanak Autisme.
Sebenarnya aku dah lama tak flashback, bak kata omputih, pasal kehidupan Aqil dari dia kecik sampai lah sekarang ni, especially selepas dia di diagnose sebagai Autisme oleh doktor. Tapi kat dalam entry ni aku rasa aku perlu kongsikan serba sedikit pasal kehidupan Aqil dan diri aku sendiri jugak dalam melalui kehidupan sehari-hari bersama Aqil. Manalah tau kalau ada sesiapa terbaca, dapatlah serba sedikit ilmu atau pengalaman yang aku kongsikan. Takdelah banyak...tapi boleh lah untuk dikongsikan ngan kengkawan semuakan.


Perasan tak? Perasan tak mak dia yang lebih-lebih?

Ala nyah, kasik la mak interprem sikit...:p


Susah untuk dikawal. Ikut suka hati dia nak lari tanpa rasa penat. Kenalah kawal ya.


Aku akan cuba ceritakan pelan-pelan, sebab aku sendiri tak tahu nak ceritakan macamana. 


Autisme adalah sejenis kecelaruan minda dan perkembangan yang menyebabkan kurangnya keupayaan dari segi sosial (pergaulan), komunikasi dan imaginasi yang terhad (contoh macam kita kan kita boleh fikir macam-macam, tapi macam contoh; dia akan buat satu-satu benda tu berulang-ulang sebab tak boleh create imaginasi yang bermacam-macam). 

Dulu aku kerja, jadi, mak mertua tolong jagakan Aqil, sebenarnya aku tak sampai hati sebab aku rasa lebih elok mak mertua aku berehat je dari jaga bebudak ni, lagi-lagi budak lelaki, lasak, tapi dia kata biar dia je yang jaga, mungkin dia lebih yakin dari segi keselamatan daripada kasi orang lain jaga cucu dia. Jadi, bila bekerja, aku kurang berada di rumah untuk nampak perkembangan dia dan tumbesaran dia. Tapi ada bagusnya kalau kat tempat kerja ni kita boleh kongsi dengan orang lain, rakan sekerja yang lain, yelah mana tau kot-kot mereka tahu kan. Tapi kalau mereka tak tau pun tak apalah. Ini semua kerja Tuhan. Kita kena percaya tu. Jangan nak merungut nak mendengus bagai. Percayalah, dunia ini sementara dan di dalamnya terdapat pelbagai jenis ujian. Kita sebagai manusia? Terima dengan hati yang terbuka dan redha dengan setiap ketentuan-Nya. Insyaallah. Aku ni bukannya baik sangat, tapi semestinya setiap apa yang berlaku, kita akan jadikan pengajaran di sebalik pengalaman.

Bebel jangan tak bebel. :p


Aku hanya sempat bekerja selama 5 tahun iaitu dari tahun 2008 sampai tahun 2013. Syukur alhamdulillah, dapatlah kumpul duit KWSP walaupun tak seberapa, hahah! sempat lagi ko. Itulah yang dikatakan rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan, kita hanya mampu merancang tapi Allah S.W.T menentukan segalanya. Masa aku bekerja tu Aqil baru berusia setahun lebih, masa tu dia baby lagi jadi takdelah yang menampakkan dia ni menghidap Autisme. Sebenarnya dikhabarkan, kanak-kanak Autisme ni boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan, kalau bernasib baik, dapatlah kesan awal. Tapi itu tidak berlaku pada aku, atas sebab apa tu? Atas sebab kekurangan dan TAKDE ilmu pasal Autisme ni. Tak pernah dengar pun. Sebab tu lah aku mengambil kesempatan seperti kat facebook, kat sini, untuk menceritakan serba-sedikit pengalaman aku sebagai ibu kepada kanak-kanak Autisme. Esok-esok kita tak tahu kalau-kalau cerita ni berguna untuk orang lain. Wallahua'lam.


Hari demi hari, kami sekeluarga hanya menganggap perkembangan Aqil yang lambat adalah apa yang orang selalu kaitkan, 'budak lelaki memang lambat sikit', 'budak lelaki memang lambat sikit berbanding budak perempuan' atau 'budak lelaki memang lambat cakap'. 
Tak kurang jugak ada yang kata aku tak ajar Aqil bercakap. 
Seriously dia rasa apa yang dia teka tu macam dah betul dah kan.
Suka hati lah nak cakap apa. Tak apalah. Hahah.

Sampailah pada usia Aqil 4 tahun, aku dah mula rasa lain macam dan tak sedap hati, walaupun masih ramai yang kata mungkin dia lambat sebab ada budak lelaki memang lambat cakap dan perkembangannya pun lambat sikit dari perempuan. Seriously aku blur betul masa tu. Rasa macam ye ke tak ye nih? Tapi aku buat macam kanak-kanak biasa je walaupun hakikatnya pada masa tu, tak dinafikan aku rasa agak sedikit tertekan. Biasalah, aku ni manusia biasa kan. Mana boleh hari-hari nak cool je manjang.

Aku masukkan Aqil ke sekolah tadika pada usia standard budak-budak masuk tadika, iaitu 5 tahun. Aku juga berharap lepas masuk sekolah ni Aqil dah tak hisap botol lagi dan putus pampers. Tapi, tidak. Dia masih macamtu jugak. Sampailah satu hari tu, suami aku cakap kat dalam kete, dia kata berkemungkinan Aqil ni Autisme. Aku pun terpinga-pinga dan macam dengar tak dengar je lah. Maklumlah, satu istilah yang asing bagi kita, susah nak bagi tumpuan, otak pun macam endah tak endah. Tapi dia ada cakap yang kawan dia ada bagitau dia begini dan begini dan dia pun ada search kat internet. Si maklumat di hujung jari tu lah.

Mungkin Allah nak tunjukkan.

Satu hari tu, tak semena-mena aku ada bukak sebuah rancangan Apa Kata Wanita, TV1, tajuk dia 
Kanak-Kanak Autisme. Itulah yang aku katakan mungkin itu jugak petunjuk dari Allah S.W.T. Apa yang dibincangkan oleh ahli panel tentang ciri-ciri kanak-kanak Autisme, semua ada pada Aqil. Antaranya ialah, suka berdiri dekat dengan dinding pastu dia tengok dan jalan ditepi-tepi dinding tu, macam Aqil pun ada, tapi Aqil lebih obses pada pagar. Aqil jugak tak suka berkawan dan lebih suka main sorang-sorang. Bercakap pun tak. Kalau dia cakap pun sepatah-sepatah. Tak pun dia ulang balik apa yang kita cakap. Kalau dia nak sesuatu, dia akan tarik tangan kita dan tunjukkan pada apa yang dia mahu. Dia juga akan mengamuk, atau dalam istilah lainnya 'tantrum', kalau apa yang dia nak tu tak dapat. Situasi mengamuk ni sebenarnya memang ada kat mana-mana budak, budak tipikal(normal) pun, tapi bezanya budak tipikal ni kita boleh explain pada dia, kadang dia faham tapi saja nak mengamuk jugak. Tapi kanak-kanak Autisme ni memang dia tak faham.


Masa Aqil sekolah tadika, aku pun excited lah, tetiap malam lepas siap buat kerja rumah, aku akan semak beg sekolah dia, dan ajar dia buat kerja sekolah. Tapi disebabkan aku tak tahu macamana perkembanan anak-anak orang lain dan cara mereka, aku pun tibai ikut cara aku. Macam biasalah, pegang tangan dia, ajar dia pegang pensel, menulis, mewarna, menggunting dan macam-macam lagi. Tak bajet lah aku boleh ingat bertahun punya nostalgia. Sikit-sikit tu boleh lah. Insyaallah.

Sampailah pada suatu hari tu, suami aku menyatakan pada cikgu tadika Aqil pada masa tu, yang dia rasa Aqil ni ada Autisme. Paling surprise bagi aku bila cikgu tu pun kata dia pun rasa ya, Aqil ni ada Autisme cuma dia tak sampai hati nak bagitahu kami sebab takut kami jenis parents yang tak boleh terima. Tapi alhamdulillah, aku rasa aku ok je, cuma baru-baru kenal istilah tu, rasa macam, ha? ha? apa tu?
 So, dia pun decide untuk tak beri Aqil homework macam kanak-kanak lain lagi dah. Pada masa tu aku mula rasa down habis. Airmata aku tak berhenti mencurah. Aku rasa macam dunia ni berhenti sekejap. Aku rasa macam apa yang patut aku buat masa tu????

Alhamdulillah, bermula dari saat itu, berkat doa yang tidak putus-putus, petunjuk demi petunjuk muncul dalam hidup aku. Aku redha yang Aqil bukan kanak-kanak normal/tipikal. Cuma aku sangat berharap yang Tuhan akan beritahu aku, guide aku, beri aku petunjuk dan tunjuk ajar, apa yang harus aku lakukan untuk tolong Aqil. Ya, aku perlu berkorban demi masa depan dia.

Hari demi hari Aqil bersekolah seperti biasa, walaupun pada hakikatnya dia tidak belajar, sebaliknya dia merayau-rayau kat sekolah. Ok tak apa, sekurang-kurangnya dia tak terperuk kat rumah, dan aku tidak pernah berhenti memikirkan cara untuk tolong dia walaupun masa tu aku kat pejabat. Otak aku fikirkan Aqil. Aku perlu buat sesuatu untuk tolong dia dan masuk dalam dunia dia dan kemudian bawa dia ke dunia kita!


Aku ambil keputusan untuk berhenti kerja.


APA YANG BERLAKU SETERUSNYA?

Apa yang berlaku seterusnya aku akan ceritakan pada entry berikutnya sebab aku ada banyak kerja nak buat ni. Sampai jumpa lagi. Insyaallah.

Tata.


Assalammualaikum. :)

2 comments:

  1. adik adik camni banyak keistimewaannya. :)
    http://eykabaha.blogspot.com/

    ReplyDelete