Friday, 4 April 2014

Simple tapi kenyang dan kembung .

Assalammualaikum . : )

Betul ke orang kata budak-budak tak boleh makan ikan selalu sebab nanti cacing. Ha? Betul eh? Kalau cacing tau ni mesti dia kata, "Hina sangat ke aku ni? Makan ikan bukan bererti makan aku." Agaknya la dalam hati dia cakap macamtu, aku agak je.

Itu satu hal, yang aku ni apehal pulak cerita pasal ikan dengan cacing? Mungkin sebab kat tajuk ada perkataan 'kembung', tu tetiba teringat kat ikan kembung, pastu terus timbulkan persoalan budak-budak tak boleh selalu makan ikan sebab nanti kena cacing. 'Kena cacing' tu tak pastilah apa. Ishhh, 'Nauzubillah'...
Macam-macam.

Ok lah takpe, at least yang aku dengar tu katanya tak boleh makan selalu, bukan tak boleh makan langsung. Takpelah takpelah, syukur Alhamdulillah masih boleh mencekik ikan lagi. Silakan silakan tanpa rasa gundah.

Hari ni aku tak masak ikan, hari ni aku jadik orang Itali, masak pasta. Tehehee.. Anak aku panggil 'Shell' sebab memang rupa dia macam kulit kerang kan. Aku masak simple je, takdelah sampai nak cukupkan rukun memasak tu nak segala keturunan protein semua ada, takkkk....aku himpunkan je apa yang ada kat dapur tu yang bersesuaian dengan rupa paras pasta ni. Yela, takkan kau nak letak belacan ngan serbuk kunyit pulak dalam pasta ni kan. Pasta ni aku masak pakai Carbonara Prego. Tak cukup syarat ke tak berseri ke tak pe, kalau dah takde tu buat cara takde, masak je lah guna apa yang ada.


Ini dia peserta-peserta yang terlibat. Dia ni kat lauk mana je yang takde muka dia, iaitu bawang merah dan bawang putih cincang. Sebelah 2 kawan baik ni ialah Mr Prego, Carbonara. 

Siapalah yang kasik nama dia Carbonara ekk...nama nak kelassss je..dan yang agak terpencil di belakang sana tu ialah encik pastanya. Watak utama.


Masa insert gambar ni macam tak keluar pulak...ah gasaklah. 


Gasaaakkk....

Aku campur je sekali Prego Keju & Herbs, sebab alang-alang rupa dia lebih kurang sama, masukkan je lah sekali, sebab yang Keju & Herbs tu ada lagi setengah tin yang haritu aku guna separuh je. Rasa dia pun tak lari, jalan pun tak. Rupa pun lebih kurang je, so ada baiknya aku manfaatkan dalam masakan hari ni. Selamat sejahteralah kau bersama rakan-rakan dalam kuali. Hahaha.


Aittt...tak keluar jugak... tssskkk tskkkk.....

Baru cakap nak jadik orang Itali sekejap hari ni dah buat hal. 

Pasta ni aku masak semua 1 paket tu aku masak sekali habis, jadi hari ni anak aku hanya makan pasta kegemaran dia ni sahaja. Aku ingat memang aku nak selang-selikan menu untuk dia, jadi takdelah badan dia naik sangat. Nasi memang masak hari-hari, tapi alang-alang masak banyak, so makan je lah apa yang ada.

Ramai orang kat luar sana yang tak makan. :'(


Assalammualaikum . : )










No comments:

Post a Comment