Wednesday, 9 April 2014

AUTISME ~ AKU BERHENTI KERJA

Assalammualaikum. :)


Selepas aku merasakan yang Aqil memang ada ciri-ciri Autisme, seperti yang aku katakan, memang aku terus rasa down, rasa terduduk, rasa dunia ni terhenti serta-merta dan seminggu aku menangis setiap kali habis solat dan masa buat homeschooling dengan dia. Memang betul ngam-ngam satu minggu. Apetahlagi, mulai saat itu, cikgu buat keputusan untuk stop kan Aqil dari diberikan homework lagi. Yelah, bukan apa, bagi kanak-kanak seperti Aqil, agak terbeban jika homework itu bukanlah 'dunia'nya. Wallahua'lam. Tapi bagi aku, keputusan cikgu tadika dia memang tepat untuk Aqil. Aku bukan menangis kerana dia ada ciri-ciri Autisme, tapi aku menangis sebab aku rasa panik bila aku fikirkan apa yang aku perlu lakukan, apa yang aku boleh tolong dia, apakah yang aku berlaku selepas itu dan banyak lagi persoalan lain. Setiap kali usai solat, aku akan minta Allah berikan aku petunjuk dan apa yang harus aku lakukan.


Aqil.


Aku betul-betul tak pernah dengar istilah Autisme itu sehinggalah ia menjengah hidup aku. Aku juga pasti, dan sememangnya benar, ia adalah rahmat dan kasih sayang Allah. Aqil hadir dalam hidup aku dengan membawa 1001 rahmat Allah.


Suka menyusun (antara ciri-ciri Autisme).


Obses pada gajet (ciri-ciri Autisme), tapi perlu dihadkan atau berhenti terus.


Blok-blok kayu ni memang feberet dia. Macam-macam bentuk dia bina dengan blok-blok kayu ni.


Masa mula-mula aku ajar dia makan nasi lauk sayur, alhamdulillah dia boleh terima.


Setiap kali dia tunjuk hasil kreativiti dia, aku akan cakap "Aqil hebat!"


Keluar petang-petang. Dia akan tunjuk kaki dia dan sebut "feet...feet..." bila ajak keluar.


Main sorang-sorang. Dia juga cuba untuk berkawan tapi disebabkan masalah komunikasi, jarang dapat kawan.


Sejak baby lagi dia menunjukkan minat dalam aspek keagamaan seperti zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran.


Aku masih perlu lebih gigih untuk ajar dia dalam banyak perkara.

Semoga dipermudahkan oleh-Nya.

Setahun dalam tahun 2012 tu Aqil bersekolah seperti biasa, walaupun dia tidak melakukan aktiviti biasa pelajar-pelajar kat tadika tu. Tahun 2012 bagi aku juga adalah tahun aku warm-up dan juga seperti satu ruang untuk aku study pasal Aqil. Namun, jawapan yang tepat masih belum nampak jelas pada waktu itu. Tapi dalam pada tu, kami suami isteri ada jugak pegi Pusat Dyslexia kat Johor Bahru, yela, walaupun Dyslexia dan Autisme tu berbeza, tapi pakar kat situ boleh jugak bagi nasihat dan tengok, betul ke Aqil ada ciri-ciri Autisme, dan seperti yang dijangkakan, memang pakar tu kata Aqil ada semua ciri-ciri Autisme. Tapi, kanak-kanak penghidap Dyslexia dan Autisme pun takdelah jauh sangat beza sifat dan kelakuan diorang, cuma Dyslexia ni tengok huruf terbalik. Wallahua'lam.

Menjelang akhir tahun, aku suarakan keputusan untuk stop kan Aqil sekolah pada suami. Keputusan tu agak tergesa-gesa tapi aku nekad dan tak rasa menyesal, malah aku dapat rasakan akan ada plan lebih tepat untuk Aqil selepas itu, walaupun pada hakikatnya aku memang takde idea langsung. Itulah takdir Allah. Percayalah, dalam setiap doa yang memohon petunjuk, maka Allah Maha Mendengar permintaan setiap hamba-Nya. Insyaallah. Jadi, memandangkan pihak sekolah sendiri memerlukan keputusan daripada ibubapa, lalu tetaplah kata putus aku, Aqil tidak akan bersekolah lagi untuk tahun 2013 di tadika tersebut.

Kenangan demi kenangan terpaksa aku tinggalkan. Aku masih teringat masa kelas Aqil buat persembahan atas pentas. Semua budak menari, tapi Aqil terpinga-pinga atas pentas, tengok lampu, tengok lukisan corak-corak di belakang pentas. Airmata aku tak mampu ditahan-tahan pada masa tu. Terpaksalah disorok-sorok supaya orang tak nampak. Luluh hati aku. Tapi bukan sebab dia tak ikut menari, tapi sebab aku sedar, dia 'lain' dari kawan-kawan dia yang ada atas pentas tu. Lepas persembahan tu, cikgu dia cakap dengan aku kat belakang pentas, masa rehearsal Aqil ok, dia boleh ikut setiap step, tapi mungkin environment atas pentas masa hari sebenar tu lain agaknya, so dia tak dapat bagi tumpuan. :)


Aku masih ingat lagi, tarikh 31 Disember 2012, tepat pukul 5 petang aku dah keluar ofis sebab dah tak sabar nak bawak Aqil pegi jumpa doktor pakar kanak-kanak. Mujurlah takde orang kat klinik tu, sebab aku memang dah tak sabar nak dengar apa yang doktor nak cakapkan. Lepas dah bersoal-jawab dengan doktor, dah tanya itu ini dan dah dapat serba sedikit penerangan, doktor bagi sekeping surat untuk kami bawakan ke Hospital Besar untuk langkah seterusnya.


Macam-macam proses dan macam-macam perkara terpaksa dilalui, akhirnya tarikh demi tarikh appointment untuk check-up Aqil kami perolehi waktu demi waktu. Pada masa tu aku memang kerap sangat terpaksa ambil cuti. Tapi demi Aqil, aku tak nampak apa-apa sebagai halangan, sebab aku yakin, Allah itu dekat pada setiap hamba-Nya yang memerlukan pertolongan. 


Tak perlu lama, pada Januari 2013 aku sudah mula berkira-kira untuk berhenti kerja. Seperti yang aku katakan tadi, aku tak nampak apa-apa halangan. Dugaan, ujian, ada di mana-mana, kau takkan expect yang apabila kau mengelak dari terjadinya masalah di sini contohnya, kau akan selamat dari dugaan lain. Itu silap. Allah adalah Pencipta yang memiliki langit dan bumi, malah kita sendiri adalah miliknya. Adalah menjadi hak-Nya untuk meletakkan di mana dan apa bentuk ujian untuk setiap daripada kita. Itu aku pegang sampai hari ini. Bersangka-baik pada setiap ketentuan yang telah Allah berikan. Insyaallah, jiwa kita akan tenang.


Pada penghujung Februari 2013 aku resign.


Itu keputusan aku. Jika bukan aku yang berkorban untuk anak aku, siapa lagi?


Pada masa yang sama, aku juga ada memohon untuk menempatkan Aqil di NASOM Segamat. Oleh sebab kampung aku kat Segamat, jadi aku pilih Segamat, sebab kat Johor ni cuma ada kat Segamat dan Muar sahaja. NASOM tu ialah National Autism Society of Malaysia. Tak kurang jugak yang mempertikaikan aku hantar Aqil kat NASOM ni, sebab sekolah biasa pun ada Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa, tapi bagi aku, aku malas nak cakap banyak, terpulang kepada ibubapa masing-masing. Bukankah cara hidup aku tak sama dengan cara hidup orang lain, cara hidup orang lain tak sama dengan cara hidup aku? Cara hidup sipolan tak sama dengan cara hidup sipolan jugak, jadi adakah semua kena guna formula yang sama? Masing-masing orang ada cara masing-masing dan masalah masing-masing. Pilihan ada kat tangan masing-masing. NASOM adalah pusat intervensi awal untuk Kanak-kanak Autisme, sahaja. AUTISME SAHAJA. Aqil ialah Kanak-kanak Autisme. Fullstop.


Kuasa Allah. 


Sebenarnya aku ada terbaca jugak kat facebook yang NASOM ni kena 'beratur' kalau nak masuk. Tapi aku macam automatik konfiden betul yang Aqil akan dapat masuk. Aku tak fikir panjang mana pun. Aku go with flow je. Tapi mungkin dah rezeki dia agaknya, alhamdulillah dapat masuk...
Semuanya selepas kami berpindah dari Kluang ke Segamat, dalam bulan Jun 2013. Masa tu semua orang nak tarikh yang tepat bila aku akan berpindah. Agak rimas jugaklah masa tu, sebab aku rasa macam orang-orang ni ingat aku ni pindah untuk suka-suka ke, sebab nak shopping-shopping kat Jakel ke hape, sampai aku rasa aku nak fikir pun tak habis, asyik tersangkut-sangkut je, macam-macam benda kena hadapi dan perlu dihadapi. Macam kalau aku cakap aku pindah bulan Mac tapi aku pindah bulan Jun dah macam error dalam hidup orang lain pulak. Bajet macam aku ni takde benda penting nak fikir agaknya, macam aku ni dah takde masalah lain nak fikir. Bukankah aku buat semua ni untuk masa depan anak aku?


Move-on.


Aku perlu ketepikan semua masalah lain. Satu yang buat aku jadi kuat;

"Mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat."

Aku yakin, Allah dengar apa isi hati aku.


Lepas ni aku nak cerita saat mula berpindah dan Aqil mula bersekolah. Insyaallah.


Tata.


Assalammualaikum. :)




No comments:

Post a Comment