Wednesday, 16 April 2014

AUTISME MERUBAH HIDUP SAYA.

Assalammualaikum. :)


'Saya' nampak lebih sopan, tapi aku nak guna 'aku' jugak boleh? Hihiii. Ok entry kali ni aku rasa macam tak banyak pengisian berdasarkan neuron-neuron aku macam tak berapa nak bertugas pulak kali ni. Tapi tak ada apa pun, setakat pindah pastu Aqil pun mula bersekolah kat NASOM (National Autism Society of Malaysia). Itu je.

Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Aku pindah dalam bulan 6 tahun 2013. Benda ni benda baru bagi aku, benda ni bukan macam kita plan nak pegi jalan-jalan, ini keputusan yang membawa kepada satu jangka masa yang panjang, bukan beli tiket pastu naik bas, jadi aku tak kisah sangat bila tarikh agak lari daripada yang aku expect, sebab ada yang kata aku resign awal sebab aku resign Februari.(macamlah setiap yang tercatit dalam hidup aku ada dalam kocek baju aku.) Kita kena fikir eh, as long as kita sihat, ada makan ada minum, bukan terlantar sakit kat hospital ke apa ke, bak kata orang pelan-pelan kayuh, yang lain-lain kita usahakan slowly, jangan segala apa yang datang dalam hidup kita semua kita nak jadikan masaalah, rilek....


Aqil pulak mula bersekolah pada bulan 9 tahun 2013. Seriously aku tak kisah. Tu lah, kalau kita tak kisah, orang tengok macam tak amik berat, kalau kita lorat kecoh sana kecoh sini lain pulak orang kata. So, aku memilih untuk berdoa kepada Allah mudah-mudahan segalanya berjalan lancar atau jika ada sebarang masalah, ujian mahupun dugaan, aku memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan. Macam aku cakap tadi, bagi aku asalkan aku, anak aku sihat, ada makan pakai, tempat berteduh, cukup, syukur alhamdulillah. Tak payah nak kusut-kusut fikir benda lain. Masalah kat mana-mana pun ada


Syukur alhamdulillah, segala masalah dapat diatasi, jika tak dapat diatasi pun tak apalah, sekurang-kurangnya Allah masih beri aku peluang untuk bernafas dan terus berjuang atas apa yang Dia berikan. Jika tak dapat diatasi pun sekurang-kurangnya Allah berikan aku kekuatan untuk aku menghadapinya. Aku tak mahu jadi manusia yang kufur nikmat, sebolehnya.


Aku rasa tak sampai sebulan atau hanya sebulan (tak ingat), Aqil dah pun putus pampers, dah boleh tak pakai pampers. Pernah jugak masa baru mula-mula buat toilet training (berkat dorongan guru Aqil di sekolah), Aqil tak sempat nak pegi toilet, dan dia bagi aku kerja membersihkan 'barang' dia yang berterabur kat luar tandas...hahaha... Tapi alhamdulillah tu satu kali je, lepas tu dah okey dah. Mop dengan air ber'dettol' siap sedia kat tepi dinding in case kalau 'apa-apa terjadi'. Haha! Aku rasa mana-mana Autisme Mother memang macamni dan kami dah biasa macamni. Dah tak kisah dah rumah nak tunggang-langgang ke terbalik ke, bagi aku janji anak sihat dan cergas, sepah takpe boleh kemas, kemas tak payah pakai duit pun, kena rajin je tapi kalau sakit? Nauzubillah.


Antara aktiviti kami.


Aku banyak ambil idea dari rakan-rakan sekasut di facebook Autisme Malaysia. Kat sana macam-macam idea yang aku tak terfikir dapat dikongsi bersama. Diorang pun selalu share kat facebook aktiviti bersama anak-anak Autisme mereka. Banyak jugak yang aku tak menyempat nak buat, sebab bila dah banyak sangat tu yang rasa excited sampai yang dikejar berciciran. Tu la sape suruh tak catit. 


Ni aku beli kat D.I.Y.. kat D.I.Y tu apa je takde, semua yang kita perlukan untuk nak buat aktiviti dengan anak semua ada. Sampai juling-juling mata tengok banyak benor pilihan, terkesima aku dibuatnya.


yang macam tak berapa nak jelas motif nya ni ialah tanah liat beserta acuannya. Ni standard la mana-mana budak pun mesti buat aktiviti ni.


Asal boleh je almari yang hujung sekali tu kan, kotak pun boleh buat jadi kabinet tau. Aku ingat nak sampul kasik lawa sikit kotak tu, fikir-fikir balik, ah tak kuase aku. Buku-buku banyak disedekahkan oleh kakak aku yang mana anak diorang tak pakai lagi. Meh sini kasik aku.


Ini zikir harian. Aku nak buat cantik-cantik la tampal kat kertas warna,gitewwww.....


Inilah bilik aktiviti anak aku. Sinilah tempat aku ajar dia dan buat aktiviti dan dia main permainan dia pun kat sini jugak, especially keretapi Thomas dia tu.


Aku banyak guna bahan terpakai, selagi boleh isi barang aku tak buang, barulah rasa kreatip sikit kan...ini semua benda nak beli, jangan, selagi boleh pakai, pakai je mana yang ada. Tapi kalau dah nazak sangat janganlah nak jadi Haji Bakhil pulak. 


Insyaallah, mudah-mudahan apa yang aku dan ibu-ibu anak Autisme di luar sana perjuangkan untuk anak-anak kami akan mendapat hasil yang baik dan semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, itu yang penting. Insyaallah.


Kepada-Mu Ya Allah, kami berserah.


Mintak diri dulu ya, jumpa lagi...


Tata.


Assalammualaikum. :)





2 comments:

  1. insyaAllah smoga dipermudahkan. anak yang akan bawa akak masuk syurga nnti. aamin =')

    ReplyDelete