Aku adalah seorang manusia yang simple dan sederhana. Aku manusia yang banyak dosa, lemah dan hina. Khilafku di mana-mana. Aku seorang manusia yang sudah berkali-kali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun semula. Barangkali sama seperti kamu. Apa yang menguatkan aku, bila Ustaz kata, 'apabila seseorang itu sedar akan kesilapannya, kembalilah pada jalan Allah.' Aku manusia yang tak punya apa-apa. Aku hanya mencari keredhaan Allah.
Sejuta orang di sekeliling pun jika tidak ikhlas? Maka cukuplah Allah yang SATU.
Ok ok. Masa aku masih kerja, aku pernah terdetik sesuatu dalam hati, kira macam azam macam tu la, iaitu aku mahu istiqamah melakukan Solat Sunat Tahajjud setiap hari, Solat Sunat Dhuha dengan lebih kerap dan lain-lain seperti mengaji, especially menjadikan amalan sebelum tidur (Surah Al-Waqiah) dan sebagainya. Cita-cita tinggi ok. Tapi aku selalu gagal untuk istiqamah. Cuma aku tak pernah putus asa mencuba.
Aku rasa dunia ni sudah semakin tua dan aku juga sudah semakin bosan dengan topik-topik duniawi. Yela, aku tahu, kita perlu ada matlamat dan cita-cita untuk maju, untuk ke hadapan, tapi jangan lupakan amalan yang akan menjadi bekal untuk kita kelak. Amalan kita dah cukup ke? Dah? Mestilah belum kan.. Itu maksud aku. Contohnya, walaupun ibadah sunat, tapi kita kena usahakan sampai kita buat. Sekurang-kurangnya usaha nak buat tu ada daripada kita buat tak reti je. Aduh, sedihnya.
Sebagai seorang manusia, kita selalu leka dan lalai, oleh itu kita kena selalu mohon pada Allah dan berdoa agar diberikan petunjuk dan dibukakan jalan agar ditetapkan iman kita. Kita manusia memang tak lari daripada melakukan kesilapan, yang penting kita mahu berubah. Tak perlu membenci orang walaupun diri kita dibenci. Tak perlu melampiaskan kemarahan apabila sabar telah dijanjikan ganjaran pahala. Tak perlu takut untuk berubah jika kita yakin Allah tahu niat kita. Tak perlu pandang keliling jika mereka tidak faham niat baik kita, sebab kadangkala kita terlalu tunduk pada pandangan orang lain terhadap diri kita untuk mengemudi kehidupan kita sendiri, bukankah Allah Maha Mengetahui...
Dunia ini terbentang luas. Bumi ini bulat. Kita boleh berada di mana-mana sahaja dengan izin Allah. Jika hari ini kita berkata sesuatu tentang orang lain, tak mustahil satu hari nanti kita bisa berada di tempat itu. Mengapa kita begitu sombong? Kadangkala kita juga yakin perancangan kita sentiasa tepat dan hebat. Sedangkan diri kita, ajal, maut dan rezeki kita di tangan Allah Yang Maha Esa. Kita selalu lupa tu.
Ya, Allah is the best Planner.
Hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan.
Mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat.
Allah sentiasa bersama-sama hamba-Nya yang sabar. Bertenanglah...
Allah Maha Mendengar doa setiap hamba-Nya.
Wallahua'lam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai Allah...
Tetapkanlah hatiku untuk mendekatkan diri kepada-Mu
Iaitu di saat-saat Engkau hampir kepadaku
Di saat-saat malam semakin kian berlalu..
Wahai Allah...
Kejutkanlah aku...
Berikanlah aku kekuatan untuk bangkit
Agar aku mampu sujud kepada-Mu
Dalam sejuk dingin pagi yang gelap itu..
Wahai Allah..
Izinkan mata ini basah...
Kerana merintih hiba memohon rahmat kasih sayang-Mu..
Kasih sayang-Mu...
Kasih sayang-Mu...
Kasih sayang-Mu.. Keredhaan-Mu..
Wahai Allah..
Aku tidak mampu menggalas segala ujian yang Engkau berikan..
Jadi, berikanlah aku kekuatan..
Berikanlah aku kesabaran..
Cekalkanlah hatiku...Tabahkanlah aku...
Wahai Allah..
Aku pulangkan segalanya kepada-Mu..
Aku serahkan segalanya kepada-Mu..
Jika itu yang terbaik untukku..
Wahai Allah...
Hanya kerana-Mu...
Aku akan terus bersabar menempuhi kehidupan yang sementara ini..
dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
pimpinlah aku...
Ameen. Ameen. Ameen Ya Rabbal Alameen.
Assalammualaikum. :)
salam suhaila..
ReplyDeleteu kna cuba buat sikit2..cuba buat dhuha dulu.. n make sure buat setiap hari.. thats what i did since 2010.. skang berusaha utk tahajjud setiap hari. cuma kdg2 dlm seminggu ade la lompong2 sikit.. tp seminggu sekali mesti ade.. bykkan solat hajat sebelum tido..mohon pd Allah..
terima kasih cik Aann ..semoga kita menjadi sahabat2 yg selalu ingat-mengingati soal ibadah kepada Allah... alhamdulillah...
Deletecuba utk istiqamah.. itu yg paling sukar nak berkekalan istiqamah..
ReplyDeletebetul tu yana...nak istiqamah tu sukar..especially bila demam dan jalan jauh..kan
Delete