Monday, 19 May 2014

SURIRUMAH, ANAK SEORANG DAN "KAU DUDUK RUMAH BUAT APA?"

Assalammualaikum. :)


Dalam al-Quran ada menyebut, yang bermaksud; 

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

" Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."

Maka benarlah kata-kata Allah Yang Agung.


Sabar. Sabar. Sabar.

Aku sangat bersyukur kerana Allah menghadiahkan aku sebuah jawatan iaitu sebagai surirumah. Mengingatkan kata-kata motivasi Prof. Dr. Muhaya; "Orang yang benar-benar bebas adalah orang yang bebas daripada penghargaan manusia." Itukah yang kita cari dalam hidup ini? Kita boleh tanya diri kita sendiri. Ya ke? Kita mahukan penghargaan dari manusia? Kita mahukan pujian dari manusia? Kita mahu manusia kagum melihat kita? Kita kah tu?

Oleh kerana itu, aku tidak mahu itu. Aku tidak mahu penghargaan dari manusia. Bukan aku sombong. Tetapi semua orang boleh tanya dan jawab dalam hati masing-masing, kita ini siapa dan apa perlunya kita mahu penghargaan dari manusia? Special? Mahu jadi somebody? Mahu jadi istimewa? Mahu jadi istimewa di mata manusia? atau mahu jadi istimewa pada pandangan Allah? Kita tak tahu, tapi kita berhak mendapat pandangan mulia di sisi Allah. Cuma kita pilih yang mana? Tepuk dada tanyalah diri kita. Setiap manusia masing-masing ada pendapat dan pendirian masing-masing. Wallahualam.

Antara dilema surirumah, mitos yang kebiasaannya dialami oleh surirumah yang aku pun pernah pening kepala dan jadi sakit hati jugak kerananya adalah seperti; 

1) Surirumah duduk rumah - Jadi? Jadi dia takde kerja sebab duduk rumah. 
Haah yelah takde kerja, habis ko ingat habuk tu datang rumah setahun sekali time raya je ke? ke tak payah nak peduli habuk tu? tunggu orang datang pastu kutuk surirumah duduk rumah tak bersihkan habuk? ke cemana? nak cakap eleh ke cemana?



2) Surirumah anak seorang je - Jadi? Jadi dia tak banyak kerja sebab anak sorang. Baju tak banyak nak basuh, berapa helai je pun.
Haah, yelah tak banyak kerja sebab anak sorang, macamlah anak aku tu berdiri tegak je tak bermain, tak buat sepah, tak itu tak ini, macam nak suruh aku pasang CCTV sampai orang puas hati tengok apa aku buat kat rumah, pastu baju pulak macam aku ni layak pakai baju sepasang je dari pagi sampai ke malam dan baju aku tak bau busuk dan masam sebab buat kerja rumah dan masak, so tak payah salin, anak aku pun sama, baju sepasang je dari pagi sampai malam.



3) Surirumah duduk rumah je tak penat.
Haah, yelah tak penat, kain baju, pinggan mangkuk, lauk semua ada kaki, diorang kotor pastu diorang masuk mesin basuh sendiri, mesin pulak tu yang basuh, diorang ada kaki kan tu sebab diorang jalan sendiri masuk dalam mesin basuh, sidai sendiri dan lipat sendiri. Alas kaki pun tak payah basuh kan, agaknya nak suruh alas kaki, kain buruk, cadar semua tak payah basuh, cuci, sidai, tu baru nama takde benda nak buat, tak penat...toilet pun bersih je seumur hidup, tak payah sental. Lantai pun sama kekdahnya. Pastu takde tumpah-tumpah sampai nak kena lap bagai. Hahaha. ke pada orang lain tak yah lap, lantai tak yah sental? tak penat dia kata? oh! my...


dan banyaklagi sebenarnya...hihii...

Tapi yelaa..ni dulu.. tu sebab kita ni disuruh tengok rancangan berilmiah, macam rancangan motivasi dan sebagainya, dari situ ada ilmu untuk kita insyaallah..

Hakikatnya, aku yang pernah bekerja, pastu sampai rumah matahari pun dah takde, orang semua dah sampai rumah, duduk rumah rilek-rilek, makan, aku baru sampai rumah, pun tak rasa letih macam selepas bergelar surirumah ni. Ini adalah apa yang aku rasa. Aku takde niat pun nak mengeluh ya, ini untuk share apa yang aku dapat daripada pengalaman aku. Aku bukannya jenis kerani yang duduk kat atas kerusi dari pagi sampai balik kerja, aku punya kerja ada melibatkan jalan kaki sana sini, tapi menjadi surirumah bagi aku letihnya bukan sekali ganda, malah 3x ganda rasanya. Sebab tu aku respect orang yang ada anak lebih dari seorang, apetahlagi jikalau anak itu anak istimewa. Sebab apa? sebab anak istimewa ni tak macam anak-anak typical, anak typical ni sampai satu tahap, mereka boleh berdikari sendiri, tapi anak istimewa contoh macam Aqil yang autisme, mereka perlukan kita sebagai pembantu, pengajar dan kadang-kadang memang kena buat semua untuk mereka dari A-Z, depends.

Sabarlah. Memang kena banyak-banyak bersabar.


Sebab tu, sampai satu ketika kita kena fikir, sampai bila apa yang kita buat semuanya kena fikir apa orang cakap, apa orang ingat dan sebagainya. Stop. Cukup. Selagi kita buat benda yang betul untuk diri kita dan anak kita, cukup Allah saja yang tahu. Allah beri pertolongan tanpa mengharapkan balasan apetahlagi mengungkit. Hamba-Nya yang ingkar pun Allah bagi nikmat, apetahlagi jikalau apa sahaja yang kita buat memang kita buat kerana Allah dan kaitkan dengan Allah. Orang lain tak tau, itu tak apa. Nak komplen atau apa, itu terpulang, kita kena didik diri kita untuk 'tak apa' kan apa juga pendapat orang. Insyaallah, jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan orang. Kita kena brainwash diri kita sendiri, tapi slowly.


Hari demi hari, bila kita rajin tengok rancangan berilmiah macam rancangan motivasi, ceramah agama dan sebagainya, kita akan dapat kesimpulan pada semua tu, dengan rasa yakin dan tak ada perlunya masukkan elemen pemikiran orang terhadap apa yang kita buat, terhadap diri kita, selagi kita berpegang kepada apa yang kita buat kita kaitkan dengan Allah. Lillahitaala. Wallahualam. Kita kan tahu apa yang kita buat, waimah kalau kita malas sekalipun, apa perlunya kita merasa malu atau bengang dengan orang? Kita patutnya rasa bengang dan malu pada diri sendiri dan yang paling utama pada Allah. Sama jugak kalau kita rajin, kita rajin kerana Allah, kerana diri kita sendiri, kerana rajin itu adalah salah satu kebaikan. Kita tak perlu rajin atau buat baik untuk orang tahu. Tak perlu. Mereka juga manusia macam kita, buat salah, buat silap, cuma bezanya dah perangai mereka macamtu, kita tak boleh ubah cara orang lain untuk puaskan hati kita, kita hanya perlu ubah diri kita dan cara kita berfikir, niat kerana Allah. Wallahualam.

Itulah kata-kata Ustazah Norhafizah Musa antara yang aku ingat, iaitu yang tadi tulah aku cakap, 'apa-apa yang kita nak buat, kita kaitkan dengan Allah.' Ibarat kalau kita nak pergi konsert, kalau kita kaitkan dengan Allah, agak-agak kita nak pergi tak? Wallahualam. Hidayah itu milik Allah. Kita berhak berdoa dan juga jangan sekali-kali putus asa berdoa, agar kita dapat hidayah daripada Allah S.W.T. Buat salah dan dosa itulah kita, manusia, tapi Allah Taala itu Maha Penyayang, dibukakan seluas-luasnya pintu taubat untuk kita. Insyaallah...semoga dipermudahkan urusan kita dan semoga kita sama-sama perbetulkan hubungan kita dengan Allah. Kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah juga akan jaga hubungan kita dengan orang. Insyaallah. Wallahualam.


Kaitan dengan huraian aku yang panjang lebar ni dengan maksud ayat pada awal perenggan tadi ialah, memang kita ni manusia ni akan diuji dengan pelbagai cubaan, ujian dan dugaan. Ini baru sikit. Apa sangat la kan sekadar menghadap sikap prejudis dan sangka buruk manusia sahaja. Tapi fenomena ni amat biasa. Bak kata omputih, underestimate. Budaya sesetengah orang. Takkan kita pun nak jadi orang macam tu kan? Kita kena ada prinsip, dan mudah-mudahan setiap prinsip yang kita pegang tu kita kaitkan dengan Allah. Kita ni siapa nak underestimate orang? Kita tak berada di tempat orang, kita tak tahu susah payah orang nak melalui kehidupan, so kesimpulannya bila kita kaitkan dengan Allah, ada baiknya kita mendoakan yang terbaik untuk orang lain.


Bersabarlah.


Allah adalah sebaik-baik penolong, cukup Allah bagiku.


Wallahualam.


Assalammualaikum.  :)




PENGISIAN ROHANI.

Assalammualaikum. :)


Dah out pastu sign in balik. Hehe...

Aku nak masuk sekejap je ni, alang-alang ada masa sikit lagi ni aku nak bebel sikit je. hehe.

Ok, sebagai seorang ibu kepada seorang anak, sebenarnya tak kiralah anak tu typical, normal, istimewa, autisme macam Aqil ke kan, bagi aku, sedikit sebanyak kita kena masukkan input dari segi kerohanian dalam jiwanya. Walaupun budak-budak, kanak-kanak, dan juga terkenal dengan dunia kartun, tapi kita sebagai ibubapa kena memainkan peranan terpenting dalam hal ini. Sebenarnya bukan sikit sebenarnya input kerohanian yang perlu kita tanamkan, tapi sepenuh jiwa dan raga. Kena banyak. Bukan untuk anak je, diri kita sendiri ni khususnya. Yelah, kalau tak nanti dah macam nak ajar anak, tapi diri sendiri pun lalai kan. Ini bukan entry semata-mata nak orang baca, nak ajar orang atau apa..tidak...ni untuk peringatan diri sendiri terutama sekali.


Kita ni hidup kat dunia, nak cari pahala dan amal ibadat, takkanlah semata-mata kerana syurga kan..tapi bagi aku, adalah untuk menzahirkan rasa kecintaan kita pada Allah yang telah menciptakan kita dan memberi sepenuh kenikmatan dalam hidup ini. Sebenarnya jangan kata yang best itu saja nikmat, tapi ujian dan dugaan yang berbentuk kepayahan dan keperitan itu juga nikmat. Terletak pada setiap ujian dan dugaan itu nikmat kesabaran yang didatangkan dengan pakej ganjaran pahala dan nikmat yang sungguh besar daripada Allah. Kita janganlah bergantung pada pahala dan syurga semata-mata. Tanamkanlah rasa kecintaan ingin mendekatkan diri kepada Allah itu sebagai satu tanda kesyukuran. Tidak ada apa yang dapat membantu kita, atau bersama-sama dengan kita dengan sebenar-benar nikmatnya, kecuali Allah.


Untuk kita, sebagai penjaga, sebagai orang dewasa kepada anak-anak, sebagai pendidik, sebagai pembentuk kepada anak-anak kita, perlahan-lahan kita wujudkan suasana keislaman itu sendiri. Macamana? Sebagai contoh, kat tv Astro Oasis channel 106 kan ada slot Indahnya Iman, ada zikir, mengaji, bacaan Yasin dan sebagainya kan, so, dalam pukul 7 khususnya, time Maghrib tu, jangan rasa rugi bukak tv time2 Maghrib tu, biar alunan zikrullah itu menghiasi suasana dalam rumah kita. Kita rasa rugi elektrik, tapi secara rohaninya kita mengalunkan puji-pujian kepada Allah. Macam pagi-pagi sebelum Subuh pun dah ada. Bukan kata bukak radio tu tak elok, tapi bagi aku, seronok la kiranya rumah kita tu sejuk je dengan alunan-alunan yang sebegitu kan. Wallahualam.


Sama aje la kalo kita bukak cd mengaji kat radio kita dan sebagainya. Pokoknya sama jugak, iaitu puji-pujian pada Allah. Kalau kita nak mengaji, solat atau sebagainya, kita bolehlah slow sikit ke macamana kan, tapi still alunan tu menghiasi suasana dalam rumah. Insyaallah, ini sangat menjadi peringatan untuk diri aku sendiri yang sering lalai dan lemah ni. Insyaallah semoga dapat menjadi peringatan untuk orang lain juga.


Wallahualam.


Minta diri dulu...Assalammualaikum.. :)

GUNUNG LEDANG & PUTERI GUNUNG LEDANG.

Assalammualaikum. :)

Semalam aku, suami dan anak aku, Aqil pegi Gunung Ledang. Kitorang pegi bertiga je. Aku memang suka pergi bertiga je sebab senang kalau Aqil kasi surprise, hah! tak yah libatkan orang lain. Biar kami mak bapak dia je yang menghadapi saat-saat sukar dan mencabar tu. Hihiii. 

Masa kat Gunung Ledang tu, suami aku ada nampak Puteri Gunung Ledang. Korang pernah nampak ke? Suami aku kata akulah Puteri Gunung Ledangnya hihiii....

Krik Krik. Krik Krikk Kriikk...

Aku percaya yang korang takde masa lapang nak dengar aku mengarutkan? Lagipun suami aku takde pun cakap macamtu, aku je saja-saja reka. Kehkehkeh. Dah la tak kelakar, menipu pulak tu. Sori sori.. sebenarnya aku tengah ngantuk gila ni. Oklah oklah, aku masukkan beberapa keping gambar untuk tatapan korang, tapi kalo takde orang tatap takpelah, aku tatap sendiri. ekekeke.




Ni yang belah bawah je ni.. tak naik yang atas-atas lagi. Kalau nak tengok gambar yang belah-belah atas  kata bawah-bawah ni. kihkihhh.



Indah sungguh alam ciptaan Allah ni kan?


Masih di belah bawah lagi.


Ni kita panggil apa ek? Jeram eh? Uuuu..syok ooo..dengar bunyi deruan air yang jatuh ni. Airmata korang yang jatuh kat pipi ada bunyi macamni tak? ekekeke. Macamlah gambo tu ada mengeluarkan bunyik, tanya pulak. :p


Ada macam kabin kat sini, mungkin untuk tujuan perkhemahan. Aku tak minat berkhemah, hati tak cukup tabah lagi nak berkhemah, tapi pernahlah dulu ikut camping kat Pantai Tanjung Leman, Mersing. Baik punya tidur beralaskan pasir pantai dan berbumbungkan langit. Eh, apesal tetiba masuk tajuk lain ni. Ok ok, mari pulang ke pangkal jalan, kita kat Gunung Ledang ek kan?



Aku ni tak reti amik gambar. Hakikatnya alam semulajadi kat Gunung Ledang ni memang indah sekali. Kalau nampak tak indah pun sebab aku ni ha yang takde bakat fotografer. Entah betul tidak aku eja ni. Oh ya, lupa nak bagitau harga tiket kat sini untuk kereta RM2, pastu setiap sorang dewasa RM1, kanak-kanak RM0.50. 


Masa ni kalau jerit panggil anak ngan suami pun diorang tak berapa dengar sangat sebab bunyi air terjun yang kuat tapi mengasyikkan. Aku tak join sebab aku malas nak salin baju. Ngelat la sikit. Tapi aku ikut diorang ikut tepi air terjun, kena redah semak sikit la. Suami ngan anak aku ikut laluan air terjun tu, tapi ok lagi sebab masih kat belah-belah bawah lagi, sepanjang diorang ikut laluan air terjun tu ada ramai orang, takdelah risau sangat dan takut sangatkan. Ada budak perempuan tu siap tolong dokongkan Aqil lagi dari batu ke batu. Ramai yang duduk lepak kat batu-batu.


Macam gua, sebab batu tu besar gila, so feeling-feeling gua. 


Ha ni pandangan dari jauh sikit. Hihii..takdela macam gua sangat ek..hihii... Oklah tu nak buat modal letak kat blog yang hidup segan mati tak mau niii..hihi.. Amacam? Kalo yang single minggel nak datang ngan kawan-kawan memang syok. Dapatlah hilangkan stress dengan menikmati keindahan alam kat sini. Eh tapi yang berkeluarga pun syok jugak..maksud aku kalo macam kami ni pergi sebab nak bawak anak beriadah dan nak dia rasa pelbagai pengalaman, sebab diakan kanak-kanak autisme, so ni kira macam terapi la.


Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku pergi Gunung Ledang ni. Puas dah siap perah otak nak ingat balik. Memang tak ingat. Ada anak autisme yang kita tak boleh nak jangka tingkahlaku dia ni memang kena fikir panjang nak bawak dia pegi tempat-tempat macamni. Ini pun sebab aku cakap dengan suami, kesian Aqil asyik-asyik bawak dia pergi playground, sesekali kita bawaklah dia pergi tempat yang lain daripada yang lain pulak. At least dia boleh pelbagaikan ilmu yang masuk dalam minda dia kan. 


Alhamdulillah la, aku suka tengok cara Aqil pilih langkah dia masa nak mendaki tingkat demi tingkat air terjun tu, tapi takdelah sampai atas kan. Itupun dia dah semakin naik semakin naik semakin naik, mula-mula aku tengok suami aku rilek lagi, dah last-last dahi dia pun dah mula berkerut..kekeke..yelah, tak larat..budak-budak macam ni tenaga dia memang banyak dan kuat. Kita je la larat tak larat. Aku pulak kena tengok jugak semak samun yang aku ikut kat tepi laluan air terjun tu, buatnya dah start masuk hutan tebal kang naye je kang, ada tetiba air terjun ntah kemana aku ntah kemana. Ishhh..sepanjang-panjang tu aku istighfar dan zikir banyak-banyak. Samalah jugak ya, sama ada kita kat hutan ke, kat laut ke, zikir banyak-banyak, waimah kat mana sekalipun kan. Wallahualam.


Tak silap aku gambar ni aku amik masa aku tengah berdiri kat atas batu besar. Baca Bismillah banyak-banyak, kalo tak ye ye gagah perkasa batu ni mau retak dia mendokong aku..kikiki...

 

Dah takde pilihan tapi nak selfie jugak, tapi pemandangan pokok sebatang kat belakang. Orang patutnya pegi air terjun amikla pemandangan air terjun. Boleh tak terfikir. Anggaplah gambar aku dan pokok ni sebagai seni. >_<



Kalau tengok gambar kat atas ni macam sunyi je ek. Tapi suasana sebenar sangat meriah dengan deruan air. Syukur Alhamdulillah.


Kemain lagi Aqil. Dia pulak memang suka dengan air. Aku pulak boleh teragak letak baju mandi kat dalam beg dia. Beg tu memang aku standby isi baju-baju kalau nak pegi mana-mana, so nanti takdelah menggelabah puyuh kalau emergency, ni baru anak sorang ok. Hehehe.


Sayup-sayup je nampak suami aku yang pakai baju merah tu..hehehe..masa ni muka dia dah menunjukkan yang dia dah tak larat dah nak ikut Aqil. Tapi memang ya pun, masa ni dah petang, so kalau diikutkan Aqil tu mau sampai ke puncak. Laluan untuk aku pun dah takde sebab dah nak masuk hutan tebal. So aku stop kat sini je dan tengok diorang dari jauh je.



Kawasan yang ni best sikit sebab rata, so takdelah takut sangatkan, tapi hhmmpphhh...sekejap je dia kat sini, pastu boring nak naik atas lagi..kemain lagi tenaga dia. Huihhh...


Oklah sekian saja entry untuk kali ini.


Sampai jumpa lagi. tata..


Assalammualaikum.  :)

















Sunday, 27 April 2014

LAWATAN PERSATUAN AUTISME MUSLIM MALAYSIA KE UPSI DAN UTEKS.

Assalammualaikum. :)


Sabtu kelmarin iaitu pada 26 april lepas, aku ada mengikuti sebuah rombongan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris di bawah Persatuan Autisme Muslim Malaysia. Adapun rombongan yang bukan rombongan Cik Kiah ini sebenarnya adalah rombongan menaiki keretapi daripada KL Sentral, akan tetapi kami sekeluarga tak ikutlah nak ketapi sebab kitorang bertolak dari Johor..kang maunya tetinggal ketapi pulak pasal bergolot-golot nak kejarkan waktu kan, so aku ngan suami dan anak autisme kami pergi sendiri naik kete. 

Fikir-fikir, alahai ruginya tak naik tren ngan diorang sumer.

PANG! barang yang lepas jangan dikenang OK.

Ok, kami bertolak dari Johor lebih kurang pukul 7pagi waktu cincai. Singgah bersarapan kat Melaka pastu zas! meneruskan perjalanan. Kami sampai kat UPSI Tanjung Malim tu dalam pukul 11pagi. Gitu gini pusing cari parking, 11.30pagi alhamdulillah sampai di Perpustakaan Tuanku Bainun. Memandangkan hari tu merupakan hari lawatan, maka perpustakaan tu pun dah tak macam perpustakaan pulak aku rasa, dah macam shopping complex kekdahnya..kihkihkih.. Biasanya perpustakaan senyap tapi sebab ramai pelawat, bising pulak jadinya, hehee.. banyak sangat buku dan ada dalam 3 atau 4 tingkat kot kalo tak silap. Aku pun blur blur masa tu sebab badan pun tak berapa sihat, ditambah pulak dengan tak pakai cermin mata. Ikutkan hati rasa macam nak duduk setempat sambil rilek dan tido, tapi apekah natijahnye aku datang dari jauh-jauh nak buat perangai macam tu kan. So aku pun merayau-rayaulah dalam tu sambil kaki rasa macam tak berpijak di bumi nyata..

Sebenarnya kitorang terlewat sebab majlis start pukul 10.30pagi, mungkin sebab datang sendiri tu yang tercicir dari kumpulan..hihii.. apapun layanan dari pihak upsi memang best. Pulak tu biasalah Aqil dah nampak belon dia pun nak belon, dah dapat belon tak nak belon biasa, nak yang ada tangkai pulak...adesss....Alhamdulillah..sihat dan cergas anakku ni..bisik dalam hati..hihii..kalau tak bisik macamni dalam hati kang mau tebako pulak tudung pasal takut api keluor ikut telinga kehkehhh...

Aku tak dan nak snap gambo, nak kelepet tudung pun malas apetahlagi nak amik gambo. kehkeh. Jadi aku taip jelah sampai sangap ye. Ni first time aku sampai kat UPSI. Dapatlah feeling-feeling cikgu kejap kihkihh..almaklumlah belajo tak tinggi sampai pokok rambutan je, nak sampai pokok kelapa tak dapat. Pastu yang kelakonye masa Prof dari pihak UPSI nak bagi taklimat, bilik taklimat jadi huru-hara sampai tak dapat dikawal, hahaha mana taknya tetamunya pun semua dikalangan anak-anak Autisme, memang payah la nak bagi anak-anak duduk diam dan dengar arahan, macam-macam ragam dan takde yang pelik pun kalau orang yang dah biasa dengan situasi ni. 

Student-student yang bantu kami Autisme parents ini pun adalah bakal-bakal guru Pendidikan Khas bila mereka habis belajar nanti, tu pun kalo tak silap aku la. Sangat terharu dan teruja bila ada dikalangan mereka yang perasan Aqil tantrum, mengamuk sebab nak belon, dia datang dekat dan tanya kenapa, bila cakap yang Aqil nak belon, terus dia pergi carikan. Sedih pulak bila dah sampai rumah, fikir-fikir tak sempat nak tanya nama dan berkenalan. hukhuk. Tapi alhamdulillah sempat ucap terima kasih.

Aku kan first time sampai kat UPSI, tak tau pulak UPSI ada 2 tempat, dan aku pun tak sempat nak tanya-tanya kat sesiapa apa fungsi dan beza kedua2 tempat tu. Tempat yang kedua dan terakhir kami pegi tu lah UTEKS nama dia, yang first masa sampai tu yang perpustakaan tu lah.

Tapi kesian pulak kat Aqil sebab dia tak merasa pergi bilik terapi yang best tu. Setiap bilik ada nama dia tapi aku tak ingat..hehe.. masa nak pegi makan, kami lalulah bilik yang dia tak sempat masuk tu, nampak pulak dari jauh bilik tu macam best, memang best pun sebab ada macam-macam alat untuk kanak-kanak bermain, apelagi...mengamuk sakan la dia..tempat tu lebih kurang kidszone yang kat pasaraya tu la..maunya tak mengamuk tak dapat pegi...layankan je lah. Padahal dia yang dok asyik dengan mainan kereta-kereta kecik kat bilik lagisatu, bila ajak pegi bilik sebelah mengamuk tak nak, bila masa dah takde barulah dia nak masuk bilik  yang best tu..tu pun sebab jalan nak pegi tempat makan tu lalu bilik best tu..adesss...sungguh sihat dan cergas anak aku ni..bisik hati aku lagi sebelum tudung terbako...

Sambil makan sempatlah berborak dengan ibu-ibu anak Autisme yang lain. seronok betul dapat jumpa diorang. Rasa macam ape tau...rasa macam keluarga sendiri...rasa macam adik-beradik sendiri...rasa macam dah kenal lama... Subhanallah...nikmat Allah yang mana lagi yang ingin kamu dustakan? Alhamdulillah...syukur...dapat kongsi macam-macam ilmu..semua baik-baik dan ramah belaka. Tapi sampai petang masih rasa tak selesa sebab tak pakai cermin mata...hukhuk... tapi redah dah redha je la.

Kira-kira aktiviti habis pukul 4petang. Aku pun apelagi zas!masuk kete dan bertolak balik. Kalo tak orang dah siap pasang kelabu, dah siap pasang ubat nyamuk nak tido kang aku tak tiba-tiba lagi. Group yang naik train semua naik bas untuk ke stesen keretapi. Ohhhh....I'm gonna miss you guyssss....!!! bisik aku dalam hati tanpa risau tudung terbako..kihkihh.. Dalam pukul berapa entah aku tak ingat, kitorang berhenti kat R&R Sungai Buloh, berhenti rehat, suami aku jamak solat sebab masa Zohor dia tak sempat solat sebab jaga Aqil masa aku solat. Aku ngan aqil pegi makan. Tengahari tu aku takde selera nak makan masa diorang makan ramai-ramai tu sebab tekak rasa tak sedap, badan pun menggigil sebab tak baik demam lagi sebenarnya, alhamdulillah suami aku sempat makan. Tapi bila dah petang barulah rasa menggelupur nak makan, so makanlah berdua dengan Aqil sebab ayah dia nak rehat, nak tido, kesian penat memandu.

Gedebuk gedebak dalam pukul 11malam baru sampai rumah. Ahamdulillah. Tiba-tiba cakap dengan suami, "Eh? Tadi kita kat Tanjung Malim eh?" hahaha...tetiba rasa macam tak percaya pulak pagi kat Tanjung Malim, malam dah sampai rumah. apapun syukur alhamdulillah, selamat pergi selamat pulang....:))
inilah entry kenangan indah bersama bakal-bakal guru Pendidikan Khas kelahiran UPSI Tanjung Malim. Aku doakan semoga mereka semua akan beroleh kejayaan beserta rahmat dan kasih sayang Allah dalam bidang yang mereka ceburi ini. Semoga kesabaran menjadi akar dalam mendidik anak-anak golongan istimewa. Amin.


Kite mintak diri dulu ekk....


Assalammualaikum. :)

Saturday, 19 April 2014

AKU DAN DUNIA INI.

Assalammualaikum. :)


Aku adalah seorang manusia yang simple dan sederhana. Aku manusia yang banyak dosa, lemah dan hina. Khilafku di mana-mana. Aku seorang manusia yang sudah berkali-kali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun semula. Barangkali sama seperti kamu. Apa yang menguatkan aku, bila Ustaz kata, 'apabila seseorang itu sedar akan kesilapannya, kembalilah pada jalan Allah.'  Aku manusia yang tak punya apa-apa. Aku hanya mencari keredhaan Allah. 


Sejuta orang di sekeliling pun jika tidak ikhlas? Maka cukuplah Allah yang SATU.


Ok ok. Masa aku masih kerja, aku pernah terdetik sesuatu dalam hati, kira macam azam macam tu la, iaitu aku mahu istiqamah melakukan Solat Sunat Tahajjud setiap hari, Solat Sunat Dhuha dengan lebih kerap dan lain-lain seperti mengaji, especially menjadikan amalan sebelum tidur (Surah Al-Waqiah) dan sebagainya. Cita-cita tinggi ok. Tapi aku selalu gagal untuk istiqamah. Cuma aku tak pernah putus asa mencuba.


Aku rasa dunia ni sudah semakin tua dan aku juga sudah semakin bosan dengan topik-topik duniawi. Yela, aku tahu, kita perlu ada matlamat dan cita-cita untuk maju, untuk ke hadapan, tapi jangan lupakan amalan yang akan menjadi bekal untuk kita kelak. Amalan kita dah cukup ke? Dah? Mestilah belum kan.. Itu maksud aku. Contohnya, walaupun ibadah sunat, tapi kita kena usahakan sampai kita buat. Sekurang-kurangnya usaha nak buat tu ada daripada kita buat tak reti je. Aduh, sedihnya.


Sebagai seorang manusia, kita selalu leka dan lalai, oleh itu kita kena selalu mohon pada Allah dan berdoa agar diberikan petunjuk dan dibukakan jalan agar ditetapkan iman kita. Kita manusia memang tak lari daripada melakukan kesilapan, yang penting kita mahu berubah. Tak perlu membenci orang walaupun diri kita dibenci. Tak perlu melampiaskan kemarahan apabila sabar telah dijanjikan ganjaran pahala. Tak perlu takut untuk berubah jika kita yakin Allah tahu niat kita. Tak perlu pandang keliling jika mereka tidak faham niat baik kita, sebab kadangkala kita terlalu tunduk pada pandangan orang lain terhadap diri kita untuk mengemudi kehidupan kita sendiri, bukankah Allah Maha Mengetahui...


Dunia ini terbentang luas. Bumi ini bulat. Kita boleh berada di mana-mana sahaja dengan izin Allah. Jika hari ini kita berkata sesuatu tentang orang lain, tak mustahil satu hari nanti kita bisa berada di tempat itu. Mengapa kita begitu sombong? Kadangkala kita juga yakin perancangan kita sentiasa tepat dan hebat. Sedangkan diri kita, ajal, maut dan rezeki kita di tangan Allah Yang Maha Esa. Kita selalu lupa tu. 
Ya, Allah is the best Planner.


Hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan. 
Mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat.
Allah sentiasa bersama-sama hamba-Nya yang sabar. Bertenanglah...
Allah Maha Mendengar doa setiap hamba-Nya.
Wallahua'lam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai Allah...
Tetapkanlah hatiku untuk mendekatkan diri kepada-Mu 
Iaitu di saat-saat Engkau hampir kepadaku
Di saat-saat malam semakin kian berlalu..

Wahai Allah...
Kejutkanlah aku... 
Berikanlah aku kekuatan untuk bangkit
Agar aku mampu sujud kepada-Mu
Dalam sejuk dingin pagi yang gelap itu..

Wahai Allah..
Izinkan mata ini basah...
Kerana merintih hiba memohon rahmat kasih sayang-Mu..
Kasih sayang-Mu...
Kasih sayang-Mu...
Kasih sayang-Mu.. Keredhaan-Mu..


Wahai Allah..
Aku tidak mampu menggalas segala ujian yang Engkau berikan..
Jadi, berikanlah aku kekuatan..
Berikanlah aku kesabaran..
Cekalkanlah hatiku...Tabahkanlah aku...

Wahai Allah..
Aku pulangkan segalanya kepada-Mu..
Aku serahkan segalanya kepada-Mu..
Jika itu yang terbaik untukku..


Wahai Allah...
Hanya kerana-Mu...
Aku akan terus bersabar menempuhi kehidupan yang sementara ini..
dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
pimpinlah aku...


Ameen. Ameen. Ameen Ya Rabbal Alameen.



Assalammualaikum. :)


Wednesday, 16 April 2014

AUTISME MERUBAH HIDUP SAYA.

Assalammualaikum. :)


'Saya' nampak lebih sopan, tapi aku nak guna 'aku' jugak boleh? Hihiii. Ok entry kali ni aku rasa macam tak banyak pengisian berdasarkan neuron-neuron aku macam tak berapa nak bertugas pulak kali ni. Tapi tak ada apa pun, setakat pindah pastu Aqil pun mula bersekolah kat NASOM (National Autism Society of Malaysia). Itu je.

Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Aku pindah dalam bulan 6 tahun 2013. Benda ni benda baru bagi aku, benda ni bukan macam kita plan nak pegi jalan-jalan, ini keputusan yang membawa kepada satu jangka masa yang panjang, bukan beli tiket pastu naik bas, jadi aku tak kisah sangat bila tarikh agak lari daripada yang aku expect, sebab ada yang kata aku resign awal sebab aku resign Februari.(macamlah setiap yang tercatit dalam hidup aku ada dalam kocek baju aku.) Kita kena fikir eh, as long as kita sihat, ada makan ada minum, bukan terlantar sakit kat hospital ke apa ke, bak kata orang pelan-pelan kayuh, yang lain-lain kita usahakan slowly, jangan segala apa yang datang dalam hidup kita semua kita nak jadikan masaalah, rilek....


Aqil pulak mula bersekolah pada bulan 9 tahun 2013. Seriously aku tak kisah. Tu lah, kalau kita tak kisah, orang tengok macam tak amik berat, kalau kita lorat kecoh sana kecoh sini lain pulak orang kata. So, aku memilih untuk berdoa kepada Allah mudah-mudahan segalanya berjalan lancar atau jika ada sebarang masalah, ujian mahupun dugaan, aku memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan. Macam aku cakap tadi, bagi aku asalkan aku, anak aku sihat, ada makan pakai, tempat berteduh, cukup, syukur alhamdulillah. Tak payah nak kusut-kusut fikir benda lain. Masalah kat mana-mana pun ada


Syukur alhamdulillah, segala masalah dapat diatasi, jika tak dapat diatasi pun tak apalah, sekurang-kurangnya Allah masih beri aku peluang untuk bernafas dan terus berjuang atas apa yang Dia berikan. Jika tak dapat diatasi pun sekurang-kurangnya Allah berikan aku kekuatan untuk aku menghadapinya. Aku tak mahu jadi manusia yang kufur nikmat, sebolehnya.


Aku rasa tak sampai sebulan atau hanya sebulan (tak ingat), Aqil dah pun putus pampers, dah boleh tak pakai pampers. Pernah jugak masa baru mula-mula buat toilet training (berkat dorongan guru Aqil di sekolah), Aqil tak sempat nak pegi toilet, dan dia bagi aku kerja membersihkan 'barang' dia yang berterabur kat luar tandas...hahaha... Tapi alhamdulillah tu satu kali je, lepas tu dah okey dah. Mop dengan air ber'dettol' siap sedia kat tepi dinding in case kalau 'apa-apa terjadi'. Haha! Aku rasa mana-mana Autisme Mother memang macamni dan kami dah biasa macamni. Dah tak kisah dah rumah nak tunggang-langgang ke terbalik ke, bagi aku janji anak sihat dan cergas, sepah takpe boleh kemas, kemas tak payah pakai duit pun, kena rajin je tapi kalau sakit? Nauzubillah.


Antara aktiviti kami.


Aku banyak ambil idea dari rakan-rakan sekasut di facebook Autisme Malaysia. Kat sana macam-macam idea yang aku tak terfikir dapat dikongsi bersama. Diorang pun selalu share kat facebook aktiviti bersama anak-anak Autisme mereka. Banyak jugak yang aku tak menyempat nak buat, sebab bila dah banyak sangat tu yang rasa excited sampai yang dikejar berciciran. Tu la sape suruh tak catit. 


Ni aku beli kat D.I.Y.. kat D.I.Y tu apa je takde, semua yang kita perlukan untuk nak buat aktiviti dengan anak semua ada. Sampai juling-juling mata tengok banyak benor pilihan, terkesima aku dibuatnya.


yang macam tak berapa nak jelas motif nya ni ialah tanah liat beserta acuannya. Ni standard la mana-mana budak pun mesti buat aktiviti ni.


Asal boleh je almari yang hujung sekali tu kan, kotak pun boleh buat jadi kabinet tau. Aku ingat nak sampul kasik lawa sikit kotak tu, fikir-fikir balik, ah tak kuase aku. Buku-buku banyak disedekahkan oleh kakak aku yang mana anak diorang tak pakai lagi. Meh sini kasik aku.


Ini zikir harian. Aku nak buat cantik-cantik la tampal kat kertas warna,gitewwww.....


Inilah bilik aktiviti anak aku. Sinilah tempat aku ajar dia dan buat aktiviti dan dia main permainan dia pun kat sini jugak, especially keretapi Thomas dia tu.


Aku banyak guna bahan terpakai, selagi boleh isi barang aku tak buang, barulah rasa kreatip sikit kan...ini semua benda nak beli, jangan, selagi boleh pakai, pakai je mana yang ada. Tapi kalau dah nazak sangat janganlah nak jadi Haji Bakhil pulak. 


Insyaallah, mudah-mudahan apa yang aku dan ibu-ibu anak Autisme di luar sana perjuangkan untuk anak-anak kami akan mendapat hasil yang baik dan semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, itu yang penting. Insyaallah.


Kepada-Mu Ya Allah, kami berserah.


Mintak diri dulu ya, jumpa lagi...


Tata.


Assalammualaikum. :)





Wednesday, 9 April 2014

AUTISME ~ AKU BERHENTI KERJA

Assalammualaikum. :)


Selepas aku merasakan yang Aqil memang ada ciri-ciri Autisme, seperti yang aku katakan, memang aku terus rasa down, rasa terduduk, rasa dunia ni terhenti serta-merta dan seminggu aku menangis setiap kali habis solat dan masa buat homeschooling dengan dia. Memang betul ngam-ngam satu minggu. Apetahlagi, mulai saat itu, cikgu buat keputusan untuk stop kan Aqil dari diberikan homework lagi. Yelah, bukan apa, bagi kanak-kanak seperti Aqil, agak terbeban jika homework itu bukanlah 'dunia'nya. Wallahua'lam. Tapi bagi aku, keputusan cikgu tadika dia memang tepat untuk Aqil. Aku bukan menangis kerana dia ada ciri-ciri Autisme, tapi aku menangis sebab aku rasa panik bila aku fikirkan apa yang aku perlu lakukan, apa yang aku boleh tolong dia, apakah yang aku berlaku selepas itu dan banyak lagi persoalan lain. Setiap kali usai solat, aku akan minta Allah berikan aku petunjuk dan apa yang harus aku lakukan.


Aqil.


Aku betul-betul tak pernah dengar istilah Autisme itu sehinggalah ia menjengah hidup aku. Aku juga pasti, dan sememangnya benar, ia adalah rahmat dan kasih sayang Allah. Aqil hadir dalam hidup aku dengan membawa 1001 rahmat Allah.


Suka menyusun (antara ciri-ciri Autisme).


Obses pada gajet (ciri-ciri Autisme), tapi perlu dihadkan atau berhenti terus.


Blok-blok kayu ni memang feberet dia. Macam-macam bentuk dia bina dengan blok-blok kayu ni.


Masa mula-mula aku ajar dia makan nasi lauk sayur, alhamdulillah dia boleh terima.


Setiap kali dia tunjuk hasil kreativiti dia, aku akan cakap "Aqil hebat!"


Keluar petang-petang. Dia akan tunjuk kaki dia dan sebut "feet...feet..." bila ajak keluar.


Main sorang-sorang. Dia juga cuba untuk berkawan tapi disebabkan masalah komunikasi, jarang dapat kawan.


Sejak baby lagi dia menunjukkan minat dalam aspek keagamaan seperti zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran.


Aku masih perlu lebih gigih untuk ajar dia dalam banyak perkara.

Semoga dipermudahkan oleh-Nya.

Setahun dalam tahun 2012 tu Aqil bersekolah seperti biasa, walaupun dia tidak melakukan aktiviti biasa pelajar-pelajar kat tadika tu. Tahun 2012 bagi aku juga adalah tahun aku warm-up dan juga seperti satu ruang untuk aku study pasal Aqil. Namun, jawapan yang tepat masih belum nampak jelas pada waktu itu. Tapi dalam pada tu, kami suami isteri ada jugak pegi Pusat Dyslexia kat Johor Bahru, yela, walaupun Dyslexia dan Autisme tu berbeza, tapi pakar kat situ boleh jugak bagi nasihat dan tengok, betul ke Aqil ada ciri-ciri Autisme, dan seperti yang dijangkakan, memang pakar tu kata Aqil ada semua ciri-ciri Autisme. Tapi, kanak-kanak penghidap Dyslexia dan Autisme pun takdelah jauh sangat beza sifat dan kelakuan diorang, cuma Dyslexia ni tengok huruf terbalik. Wallahua'lam.

Menjelang akhir tahun, aku suarakan keputusan untuk stop kan Aqil sekolah pada suami. Keputusan tu agak tergesa-gesa tapi aku nekad dan tak rasa menyesal, malah aku dapat rasakan akan ada plan lebih tepat untuk Aqil selepas itu, walaupun pada hakikatnya aku memang takde idea langsung. Itulah takdir Allah. Percayalah, dalam setiap doa yang memohon petunjuk, maka Allah Maha Mendengar permintaan setiap hamba-Nya. Insyaallah. Jadi, memandangkan pihak sekolah sendiri memerlukan keputusan daripada ibubapa, lalu tetaplah kata putus aku, Aqil tidak akan bersekolah lagi untuk tahun 2013 di tadika tersebut.

Kenangan demi kenangan terpaksa aku tinggalkan. Aku masih teringat masa kelas Aqil buat persembahan atas pentas. Semua budak menari, tapi Aqil terpinga-pinga atas pentas, tengok lampu, tengok lukisan corak-corak di belakang pentas. Airmata aku tak mampu ditahan-tahan pada masa tu. Terpaksalah disorok-sorok supaya orang tak nampak. Luluh hati aku. Tapi bukan sebab dia tak ikut menari, tapi sebab aku sedar, dia 'lain' dari kawan-kawan dia yang ada atas pentas tu. Lepas persembahan tu, cikgu dia cakap dengan aku kat belakang pentas, masa rehearsal Aqil ok, dia boleh ikut setiap step, tapi mungkin environment atas pentas masa hari sebenar tu lain agaknya, so dia tak dapat bagi tumpuan. :)


Aku masih ingat lagi, tarikh 31 Disember 2012, tepat pukul 5 petang aku dah keluar ofis sebab dah tak sabar nak bawak Aqil pegi jumpa doktor pakar kanak-kanak. Mujurlah takde orang kat klinik tu, sebab aku memang dah tak sabar nak dengar apa yang doktor nak cakapkan. Lepas dah bersoal-jawab dengan doktor, dah tanya itu ini dan dah dapat serba sedikit penerangan, doktor bagi sekeping surat untuk kami bawakan ke Hospital Besar untuk langkah seterusnya.


Macam-macam proses dan macam-macam perkara terpaksa dilalui, akhirnya tarikh demi tarikh appointment untuk check-up Aqil kami perolehi waktu demi waktu. Pada masa tu aku memang kerap sangat terpaksa ambil cuti. Tapi demi Aqil, aku tak nampak apa-apa sebagai halangan, sebab aku yakin, Allah itu dekat pada setiap hamba-Nya yang memerlukan pertolongan. 


Tak perlu lama, pada Januari 2013 aku sudah mula berkira-kira untuk berhenti kerja. Seperti yang aku katakan tadi, aku tak nampak apa-apa halangan. Dugaan, ujian, ada di mana-mana, kau takkan expect yang apabila kau mengelak dari terjadinya masalah di sini contohnya, kau akan selamat dari dugaan lain. Itu silap. Allah adalah Pencipta yang memiliki langit dan bumi, malah kita sendiri adalah miliknya. Adalah menjadi hak-Nya untuk meletakkan di mana dan apa bentuk ujian untuk setiap daripada kita. Itu aku pegang sampai hari ini. Bersangka-baik pada setiap ketentuan yang telah Allah berikan. Insyaallah, jiwa kita akan tenang.


Pada penghujung Februari 2013 aku resign.


Itu keputusan aku. Jika bukan aku yang berkorban untuk anak aku, siapa lagi?


Pada masa yang sama, aku juga ada memohon untuk menempatkan Aqil di NASOM Segamat. Oleh sebab kampung aku kat Segamat, jadi aku pilih Segamat, sebab kat Johor ni cuma ada kat Segamat dan Muar sahaja. NASOM tu ialah National Autism Society of Malaysia. Tak kurang jugak yang mempertikaikan aku hantar Aqil kat NASOM ni, sebab sekolah biasa pun ada Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa, tapi bagi aku, aku malas nak cakap banyak, terpulang kepada ibubapa masing-masing. Bukankah cara hidup aku tak sama dengan cara hidup orang lain, cara hidup orang lain tak sama dengan cara hidup aku? Cara hidup sipolan tak sama dengan cara hidup sipolan jugak, jadi adakah semua kena guna formula yang sama? Masing-masing orang ada cara masing-masing dan masalah masing-masing. Pilihan ada kat tangan masing-masing. NASOM adalah pusat intervensi awal untuk Kanak-kanak Autisme, sahaja. AUTISME SAHAJA. Aqil ialah Kanak-kanak Autisme. Fullstop.


Kuasa Allah. 


Sebenarnya aku ada terbaca jugak kat facebook yang NASOM ni kena 'beratur' kalau nak masuk. Tapi aku macam automatik konfiden betul yang Aqil akan dapat masuk. Aku tak fikir panjang mana pun. Aku go with flow je. Tapi mungkin dah rezeki dia agaknya, alhamdulillah dapat masuk...
Semuanya selepas kami berpindah dari Kluang ke Segamat, dalam bulan Jun 2013. Masa tu semua orang nak tarikh yang tepat bila aku akan berpindah. Agak rimas jugaklah masa tu, sebab aku rasa macam orang-orang ni ingat aku ni pindah untuk suka-suka ke, sebab nak shopping-shopping kat Jakel ke hape, sampai aku rasa aku nak fikir pun tak habis, asyik tersangkut-sangkut je, macam-macam benda kena hadapi dan perlu dihadapi. Macam kalau aku cakap aku pindah bulan Mac tapi aku pindah bulan Jun dah macam error dalam hidup orang lain pulak. Bajet macam aku ni takde benda penting nak fikir agaknya, macam aku ni dah takde masalah lain nak fikir. Bukankah aku buat semua ni untuk masa depan anak aku?


Move-on.


Aku perlu ketepikan semua masalah lain. Satu yang buat aku jadi kuat;

"Mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat."

Aku yakin, Allah dengar apa isi hati aku.


Lepas ni aku nak cerita saat mula berpindah dan Aqil mula bersekolah. Insyaallah.


Tata.


Assalammualaikum. :)