Wednesday 21 May 2014

ALHAMDULILLAH ...REZEKI HARI INI...

Assalammualaikum, :)


Hari ni sekolah NASOM Aqil buat sambutan Hari Guru. Jadi balik tu macam-macam yang Aqil bawak balik sempena sambutan Hari Guru tu. Syukur Alhamdulillah rezeki Allah. :D

Abadi dalam blogku. :))


Dalam hamper ni ada macam-macam. Ada bekas makanan, milo paket, biskut-biskut, mamee dan air kotak.

Aqil tak suka air soya, alhamdulillah dapat kat aku. kehkehkeh. 
Terima kasih Allah, terima kasih cikgu, terima kasih Aqil. Kalau Aqil dapat hadiah saguhati memang aku tumpang sekaki. hehehe.





Alhamdulillah. Rezeki Allah. Terima kasih Allah.


Bubur Ayam.

Alhamdulillah....kenyang aku. Alhamdulillah rezeki Allah.



Haaaa....ni yang paling aku suka ni. HeHeHe.

Cheesecake!

Masuk ni kali kedua aku dapat makan cheesecake, first time masa share dengan ayah dia kelmarin. Hehehe. Jakun kan? Memang.

Alhamdulillah, rezeki Allah.


Sangat sedap!


Terus tak jadi masak aku. Simpan balik ikan pekasam. Kihkihhh..


Apapun, syukur alhamdulillah. Syukur alhamdulillah.


Jumpa lagi di lain entry...sekian. Tata!


Assalammualaikum. :)






AQIL BUKAN SAHAJA SI JANTUNG HATI, MALAH PENYEJUK HATI SAYA.

Assalammualaikum. :)


Kalau. Kalau. diulangi sekali lagi, kalau. Kalau ada sesiapa baca entry saya, especially lepas-lepas tu, saya ada cerita pasal anak istimewa saya iaitu seorang kanak-kanak autisme, Aqil. Nama penuh dia Mohamad Aqil Dani Bin Mohamad Idzuan. Ingat lagi masa Aqil baby dulu, memang semangat dia ni. Kira kalau tengah dokong dia pastu kunci rumah jatuh, hah toksah le amik, kalo nak amik jugak memang takleh bangun balik. bhahahahahahh..!!! Masa Aqil umur 3 bulan je berat badan dia dah 7kg! Memang semangat.

Pada masa tu, tak siapapun antara kami menyedari satu hari nanti dia akan di diagnose sebagai kanak-kanak autisme dan mempunyai kad OKU. Sebenarnya, kita sebagai manusia, kalau tidak mengaitkan apapun yang terjadi dalam hidup kita dengan Allah Taala, kita memang tak terasa kenikmatannya. Wallahualam. Aku berani cakap macamni, sebab aku mengalaminya. Wallahualam. Tapi ujian buat aku tak sehebat ujian orang lain kan. Malah, pemberian atau hadiah kurniaan Allah iaitu anak istimewa seperti Aqil, memang sangat-sangat aku syukuri. Macam yang aku pernah cakap kat facebook, Aqil hadir dalam hidup aku membawa rahmat dan kasih sayang Allah. Kalau lah dapat aku cerita kan satu persatu apa yang Allah bicarakan pada aku melalui Aqil ni, sungguh la memang aku cerita, tapi ingatan aku ni terhad, jadi yang mana aku ingat ajelah.

Sebagai seorang ibu, mana-mana ibu pun, apa yang terungkap di mulut kita,oleh lidah kita adalah doa, betul tak? Ok. Jadi, tak salah dan sangat tidak salah kan, jikalau aku sangat-sangat memuji Aqil, dan yang paling penting, aku memandang tiap-tiap suatu di muka bumi ini, kita semua ini milik Allah, ciptaan Allah dan kepunyaan Allah, maka dengan itu tidak ada langsunglah rasa bangga mahupun riak apetahlagi meninggi diri. Apa sahaja keistimewaan yang ada pada Aqil, adalah kepunyaan Allah. Sama macam orang lain jugak atau apa sahaja, semua kepunyaan Allah. Kita manusia yang hina lagi berdosa dan kerdil ini, tak punya apa-apa.

Baiklah, aku nak story sikit pasal Aqil masa kecik dulu, dia ni start baby lagi memang aku dah biasakan mengaji. Masa pregnant lagi. Masa aku pregnant, aku tak kerja. Pulak tu masa mengandungkan Aqil aku tak suka tengok tv! Kalau aku tengok tv, lagi-lagi berita, aku rasa nak muntah. Aku tak boleh tengok orang dalam tv. Korang pun toksah tanya kenapalah pasal orang mengandung ni memang macam-macam hal. kehkehkeh. Memang setiap hari kerja aku dari petang, Maghrib sampai nak dekat pukul 11 malam ke atau 10 malam ke aku tak ingat dah, memang kegemaran aku mengaji. Ni nak kata masa tu memang aku tak rajin tengok atau dengar ceramah agama macam sekarang ni, jadi memang totally aku mengaji sebab minat. 

Jadi, nak dijadikan cerita, memang bukan daripada baby, malah dari dalam perut lagi Aqil dah biasa dengar ayat-ayat suci al-Quran. Bila dia dah besar sikit, dah pandai guna walker, yang baby duduk dalam dia pastu seret pakai kaki tu kan, masa tu aku dah start suka bukak slot Indahnya Iman kat Astro Oasis. Tapi masa tu takde PVR lagi so takleh la nak rakam-rakam ni, jadi kalau nak dengar kenalah tunggu waktu siarannya iaitu setiapkali masuk waktu Solat. Aqil pulak bila dengar je zikrullah dari Indahnya Iman tu akan terus bawak walker tu sampai depan tv, memang kalau tengok cara dia tonton tu tak macam usia dia masa tu. Dia memang ralit dengar. 

Aku jadi sedih masa taip ni. Sebab aku tak sangka, sepanjang aku hidup dengan tidak membawa apa-apa keistimewaan dalam diri aku ni, Allah Taala berikan aku satu hadiah yang sungguh istimewa. Aku tak tau nak kata punya bersyukur dan gembira, walaupun nak menjaga anak autisme ni bukanlah mudah. Bukanlah mudah tu memang tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata, taip pun tak boleh. Selagi aku mampu, aku akan korbankan, jaga dia sehabis daya dan sebaik mungkin.

Semakin dia membesar, Aqil memang membawa imej agama dalam diri dia. Terus-terang cakap, aku memang tak suka betul kalau dia nyanyi lagu Gangnam Style ke apa ke, tak yah tanya lah kenapa, ni bukan soal sporting morting, sebagai ibu dan sebagai hamba Allah dan juga umat Nabi Muhammad dan juga orang Islam, kita ni dahla banyak dosa, jadi aku tak nak lah menambahkan lagi rencah-rencah merepek merapu meraban dalam diri aku apetahlagi anak aku. Life must go on. Jadi untuk meneruskan kehidupan tu kita berhak pilih jalan yang baik dan diredhai oleh Allah.

Sekarang umur Aqil dah 7 tahun. Tabiat Aqil kalau dia dah tak nak tengok kartun dia akan tengok zikir kat tv, kadang-kadang aku bukak rakaman Malam Cinta Rasul iaitu qasidah. Paling aku suka, Aqil belek-belek al-Quran masa aku ngaji, nanti dia duduk sebelah, dia pun ngaji ikut cara dia, bunyi mengaji tu memang ada tapi takdela sama macam kita yang dewasa ni kan. Dia juga suka Yasin. Pendek kata, kat mana-mana kat rumah ni memang ada Yasin dan dia lah yang guna Yasin tu. Kalau aku tutup tv dan laptop masa tengah hujan, ada guruh, petir semua, masa tu dia akan cari kitab Yasin, dengarlah suara dia baca Yasin tu ikut cara dia. Sampaikan pernah satu hari dia suruh aku ulang baca Yasin sampai tiga empat kali.  Tengoklah, kalau tak kerana dia, ingat aku ni rajin ke nak baca Yasin banyakali, Subhanallah. Terima kasih Allah. Wallahualam.














Moment-moment ini semua adalah pemberian Allah. 

Andaikata Aqil bukanlah bersifat semulajadi seperti yang Allah kurniakan ini kepadanya, bagi aku bukanlah mudah untuk aku bentuk seperti dia yang hari ini. Ini semua kuasa Allah S.W.T, kerana aku manusia yang terlalu banyak khilaf. Wallahualam.


Jumpa lagi di lain entry.


Assalammualaikum. :)

Tuesday 20 May 2014

SELAMAT HARI IBU.

Assalammualaikum. :)


Minta maaflah sebab aku selalu tertinggal keretapi. Orang dah basi dah ucap hari ibu. Kihkihkih. Tapi takpe aku ni hari-hari pun jadi ibu. Kehkeh. Jadi hari ni baru teringat nak share saguhati yang Aqil dapat kat NASOM, sekolah nya iaitu National Autisme Society of Malaysia, sempena dengan Hari Ibu minggu lalu.

Comel tak?


Masa Aqil balik sekolah, aku check beg dia macam biasalah, pelik jugak apesal gemuk semacam, sebab aku ni memang tak alert pasal hari ibu ke apa, sekali bukak beg dia penuh dengan hadiah-hadiah dari cikgu. Bestnya.... ada bekas makanan, bakul comel tu confirm duduk kat bilik homeschooling dia la, pastu bunga tu mesti cikgu dia ajar dia buat, dengan penanda buku hijau tu. Terharu sangat!


Bakul comel.


Bekas makanan dan yang kecik tu sesuai sangat letak sambal belacan.


Penanda buku.


So so so...sweet!


Aku memang suka penanda buku sebab aku ada banyak lagi buku belum baca, lagipun boleh buat tanda kat kitab pada surah-surah tertentu kan. Alhamdulillah syukur, rezeki..:)

Happy sangat dapat semua ni. Terima kasih pada cikgu-cikgu Aqil, NASOM dan terima kasih kat Aqil. Kalau bukan sebab Aqil, tak merasalah aku dapat saguhati dari Aqil. Hehehe.


Ok jumpa lagi next entry!


Assalammualaikum. :)





OPS! MEMBANTERAS PEMBAZIRAN SUPAYA TAK BERSAHABAT DENGAN SYAITON, BIAR SYAITON TAKDE KAWAN, PANDAI-PANDAI DIA LA...

Assalammualaikum. :)


Lepas ni aku kena lebih peka dengan stok-stok makanan kat rumah ni. Sebagai manager (masuk-masuk kerja je terus naik pangkat ok) aku kena pastikan bukan sahaja stok barang dapur, malah stok bahan mentah, pencuci dan sebagainya berjalan lancar. Jangan nak terkial garuk-garuk kepala, bila time nak guna je barang takde. Serupa la macam kalau kat ofis kan, tetiba dakwat pen habis pastu nak amik pen baru sekali takde stok, confirm la kena ada stok kan, so sama. Jangan pandang remeh hal-hal kat rumah ya, kan kata 'Rumahku Syurgaku', tapi boleh jugak kalau nak buat 'Rumahku Kedai Runcitku'. Lagi-lagi bahan nak mencekik. Of course la kena standby. Kang tak pasal-pasal togel pulak pokok serai Cik Ros kat depan tu aku hongges sebab lapo. Lagi-lagi ada anak kecik, alah tapi kalo anak beso pun nak makan jugak ye tak.


 Memang betul ada rumah yang dah macam kedai runcit dia punya simpan stok, bagus betul, tapi! Lihat tajuk entry di atas tu. Apa kau tak sentap ke dengan tajuk entry di atas tu? Panjang macam rambut pontianak harum pakai syampu. Kita perlu ada stok, tapi jangan sampai membazir especially yang dah sampai tarikh luput, dan dah terlajak-lajak dah pun.


So masa masak tadi aku tengok-tengok peti ais, okkkk...ni memang bukan suka-suki boleh bedal secara tidak berjadual, ngam-ngam je aku tengok. Sebab bukan apa, kalau aku beli lebih pun tak bagus sebenarnya. Tapi entry ni hanya bagi pendapat aku, takde pun aku rujuk ensiklopedia ke atlas ke hape ke. Kalau kata aku beli stok (makan) untuk satu minggu punya,  walaumacamanasekalipun, eh eh betul ke aku sambung semua ayat tu sekali harung? aku kena pastikan semua stok makanan itu mencukupi untuk kami sampailah Sabtu atau Ahad berikutnya. Satu minggu. Tapi macam kes aku, sebab aku memang tunggu my weekend husband balik tetiap minggu untuk pegi beli barang dapur. Kalau yang tetiap hari pegi kedai ke pegi pasar ke tu aku tak tau la. Masing-masing orang lain cara kan. Kalau nak pegi kedai satu jam sekali pun boleh. 


Lagi pulak bagi aku, aku dapat disiplinkan diri aku dengan corak pemakanan aku jugak. Sebagai contoh kalau aku beli ayam sikit, dalam 6 ketul ke (bukan 1 ekor), ikan seekor, sotong 3 atau 4 ekor, telur 10 biji, sawi 2 pokok, terung 1 batang, petola 1 batang, suun + pucuk 1 paket. Ok ini contoh sahaja ya. Ok kalau ikutkan tekak dan selera kita ni, memang kita akan masak ikut suka hati kita dan barang-barang tadi tak cukup sebenarnya untuk tempoh seminggu, jadi nak tak nak aku akan sukat berapa yang aku kena masak setiap hari, untuk maintain kan nak sampaikan ke hujung minggu, secara tak langsung aku jadik kreatif dan jimat! Ok kalau susah sangat nak faham, ok katakanlah aku beli ayam sekor, ikan 2 atau 3 ekor, sotong lagi, sayur 2 atau 3 jenis tapi lebih dari 1 batang atau 1 pokok, besar kemungkinan ada di antara sayur-sayur tu kita tak sempat masak, dan dia akan layu dan akan melibatkan pembaziran. Memang bahan mentah yang lain macam ayam, ikan tu kita boleh simpan, tapi kalau kita renew weekly, kita boleh maintain tahap kesegarannya. Sekurang-kurangnya la kan.. ni bagi pendapat aku la.


Aku pun bukan boleh sekali buat eksperimen terus jadi, confirm nak kena banyakali buat salah, sampai kehabisan stok takde apa nak makan dan struggle dan lepas tu baru belajar dari kesilapan. Berkali-kali revise. Macam kita dulu nak belajar jalan, kenala tatih dulu. Mana-mana pun sama. Ini semua salah satu langkah nak jadi surirumah yang baik la kekdahnya ni. Baiklah sangat! Insyaallah.


So tadi aku tengok bahan mentah dalam peti ais aku masih tak bertetapan dengan konsep stok untuk seminggu yang aku cakapkan tadi, cis! ok takpe, minggu akan datang ni cuba lagi. Jadi setelah aku semak, ada beberapa bahan makanan yang boleh menyelamatkan aku untuk cukupkan stok makanan sampai hujung minggu ni. Tapi bahan kering la, tarikh expired pun masing-masing dalam tahun ni jugak. So, inilah yang aku katakan ops! nak banteras pembaziran! Haaaa....gitu. Antara yang telah dikenalpasti ialah....wah dah macam bahagian siasatan jenayah Bukit Aman pulak..kihkihkih..


Quaker Oat.

Dia ni famous dan popular. Asik muka ko je masuk talibisen eh?

Ok quaker oat ni expired bulan 7 tahun ni, jadi dia adalah calon pertama yang akan aku cekik nanti. Paling pasti sekali untuk santapan di waktu pagi dan petang. Memang tahan dua tiga hari je ni. Siap sedialah kau nak meninggalkan alam yang fana ini. muahahahahahah.

Ikan pekasam.

Ucapan untuk ikan pekasam ni, kau ada masa 3 hari lagi untuk menikmati kehidupan dalam peti ais. 


Ikan kering.

Ikan kering ni aku tak pasti pulak jangka hayat dia sebab ikan kering ni boleh tahan lama so dia ni kira senang nak jaga la tak banyak songeh. Kalau lambat habis pun takde la kisah takut dia busuk ke apa sebab dia memang busuk pun..wakakakakaka!!! Kira macam rescue 911 pun ye jugak di saat-saat takde lauk kan.


Serunding daging.


Aku ni tak berapa minat serunding. Tak kiralah serunding apapun, lagi-lagi serunding kelapa. Tapi aku minta maaf sebab sebenarnya tak bagus kita ni nak komplen-komplen rezeki bagaikan, tapi secara jujurnya ltulah dia. Tapi kenapa aku beli? Tak tau. Aku pun tak tau kenapa. Silalah lempang jika sudi.

Roti, biskut dan biskut.

Nampak? nampak? roti ada lagi sebuku, biskut sebungkus kecik dan setengah telap biskut empat segi. Siapa yang bertanggungjawab ke atasnya kalau bukan aku? ya, memang aku tapi hasben aku pun boleh jugak bahagian biskut sebab biskut tahan lama so tak banyak buat perangai jugak. Tapi benda-benda ni memang nak kena ada stok ya, jangan nak harapkan nasik je.

Minyak masak.

Ok minyak masak ni bukan stok ya. Sekarang aku memang prefer beli minyak botol kecik, aku dah tak nak beli yang botol besar tu, sebab aku tak suka minyak tu mendak dan aku tak suka juga mendapan pada minyak tu. Tak ada apa-apa pun. Biasalah lain orang lain gayanya ke kan. dan apa yang lebih penting yang aku suka ialah aku akan jadi lebih berhati-hati nak gunakan minyak. Takdelah tonggeng ikut suka je, maklumlah beli satu tong besar yang 5kg tu. Eh tapi kalau yang anak ramai atau duduk 1 family besar memang sesuai la beli yang besar tu. Kalau aku nak masak sayur ke tumis ke aku akan letak sikit je sebab aku tahu aku punya minyak sikit, secara tak langsung dapatlah jaga penggunaan minyak dalam makanan kan. Itu bagi diri aku ya, bagi diri aku. Hehehe.


Hari ni aku masak sup sayur petola, letak cendawan tiram sikit, sawi sikit, carrot sikit, so masing-masing dapatlah menyumbang vitamin dan zat masing-masing dalam sup sayur aku kan. Letak suun ngan pucuk sikit, pecah telur sebiji, dan makan dengan ikan pekasam. Alhamdulillah kenyang.


Korang jangan ingat aku kedekut pulak ya. Kadang-kadang bila kita makan secara sederhana dan berhemah macam ni, ewah mana datang hemahnya tu? Secara tak langsung mendidik diri kita jangan asyik nak makan sedap je, ramai orang kat luar sana tu nak makan pun susah, nak makan nasi ngan kicap pun susah, so sesekali kita kena muhasabah diri kita, kalau nak muhasabah dua kali pun boleh jugak. Makanlah asalkan kenyang. Syukur alhamdulillah.

Bukan Lautan Hindi bukan jugak Tasik Baikal, ini sup sayur petola.


Ayam goreng sebelum kejadian.

Aku jamu anak aku nasi ngan ayam goreng seketul lepas dia balik sekolah. Lagi seketul petang nanti. Kalau tak buat jadual macam ni kasi satu reban pun boleh licin.

Milo kurang manis. Less sweet gitu!

Aku kalau siang-siang hari memang nak kena 3 cawan air manis, tak kiralah milo ke kopi ke teh ke. haipppp...ni kalo mak aku tau ni habis la. 1 cawan pagi, 1 cawan tengahari dan 1 cawan petang. Tapi hagak-hagak la kan, mentang la aku mention sini air manis tapi takdelah manis macam kita minum kat kedai tu, light-light je, sebab siang sampai malam hari sampai nak patah balik pagi semula aku memang guna banyak tenaga ok, aku pun takde la togak air manis semata-mata, 1 liter air kosong tu dah tentu-tentu jadi kewajipan. Tambah pulak air kosong pakai air Dr. Sukida, memang sedap! Walaupun air kosong tapi memang clear je rasa bila minum, beza habis dengan air mineral. Tak tau nak kata, kena cuba sendiri air Dr.Sukida.

Okaylah, marilah kita sama-sama cuba berbelanja dengan berhemah dan bijak. Aku pun tak bijak tapi nak cuba ni jadik bijak. Lagipun kos hidup kita kan semakin meningkat. Mana nak jumpa perbelanjaan macam tahun 90-an dulu, 80-an lagilah...hukhuk... Kadang-kadang kita kena cari inisiatif lain selain daripada orang sekarang cari duit lebih, buat part-time bagai, sang suami bekerja, si isteri pun bekerja, tapi perbelanjaan kita pun kena berpada-pada, jangan asyik nak makan tu nak betul-betul ada rasa, cukup rasa, nak sedap, complete bagai, ingat ya, kita tak tahu berapa ramai kat luar sana tu sedang kelaparan tak makan, negara luar apetahlagi, muhasabah diri, aku tulis kat blog pun sebab aku nak otak aku ni akan selalu ingat apa yang aku tulis. Semoga adalah manfaatnya entry ni. Insyaallah!


Sekian dulu. Jumpa lagi ya.


Assalammualaikum. :)

KAJIAN TERHADAP KANAK-KANAK AUTISME OLEH FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (UTM) KEPADA AQIL.

Assalammualaikum. :)


Entry ni aku takde nak cerita sangat, sebab aku pun tak berapa reti nak cerita pasal ni. Tapi aku nak share gambar-gambar Aqil masa kajian dibuat pada Aqil. Gambar-gambar ni Cikgu Jamilah, cikgu Aqil tolong whatsapp kat aku. Terima kasih cikgu. 


Aqil ditemani oleh cikgunya masa orang UTM tu buat kajian ke atas diri dia.



Kelakar sangat masa mula-mula dapat whatsapp gambar-gambar Aqil ni. Aku pulak tengah masak, mujur tak terpelanting senduk, sudip, kuali semua. kihkihkih.



Seposen sungguh muka dia masa ni. Memang aku tau dia tengah mengantuk. Boleh pulak dia duduk diam macamni, cuba kalau aku ada kat sini, kau rasa? Hehehe. Apapun cikgu-cikgu Aqil kat NASOM tu memang terbaik. Syukur Alhamdulillah, takdelah berat sangat bahu aku ni rasa. hukhuk..syukur...


Aku pun tak tahu nak explain apa berdasarkan gambar ni. Kopiah kuning tu kot-kot untuk baca pergerakan otak Aqil ke apa ek..hehehe.. Dah tak tau nak cerita, makanya tengok gambar ajelah. Blog aku ni pun macam blog syok sendiri sebab macam aku taip pastu aku baca sensorang..kihkihkih..



Gambar ni paling aku suka ni ..kihkihkih..paling jadi feberet aku gambar ni, pastu aku ingat aku sorang, rupanya ayah dia pun suka gambar yang ni, dah la gitu siap touching lagi tengok gambar Aqil, alahai kesian, ayah rindu kat Aqil...weekend husband lah katakan...sabo..sabo...hihihi... Masa aku tengah taip ni aku tunjuk la kat Aqil gambar dia ni, haram tak layan, dia buat dekkkk jer...cenggitu lah dia tu.


Okaylah, hari pun dah petang, kalau ikutkan aku ni menghadap internet mau terbako laptop ni kang..kihkihkih...


Ok jumpa lagi di entry sendu lain.


Assalammualaikum. :)





KUIH RAYA HOMEMADE BY AYONG.

Assalammualaikum. :)


Hai! Lebih kurang sebulan lebih lagi dah nak puasa kan? Lebih kurang 2 bulan pulak dah nak raya. Rata-rata memang tengah sibuk la ni nak cari kain la nak cari tukang jahit la, nak tukar langsir la, eh tapi ada ke orang masih ambik tempahan? Seriously aku tak ambik tahu sebab baju-baju kurung aku yang lama-lama aku jarang pakai, jadi aku tak berapa kisah ada ke takde ke baju raya. Lagipun kalau nak beli yang dah siap pun banyak ada jual, pilih je la dan confirm la aku akan cari yang murah. Itupun kalau aku rasa nak beli. Tapi tu la, baju-baju kurung raya lepas pun jarang pakai. Tak tau lah lagi macamana. Kalau boleh tak nak la membazir, lagipun masih elok dan cantik pemberian mak mertua aku. Alhamdulillah.


Oh oh oh...aku sebenarnya nak buat entry pasal kuih raya homemade sahabat baik aku, siapa lagi kalau bukan Ayong. Ayong ni kalau aku badmood pun dia layankan aje, hehehe, dia memang bestfriend aku. Tahun ni dia cakap dia nak buat kuih raya untuk jual, dan idea dia sangat menarik sebab dia jual biskut zaman dulu-dulu, seperti biskut Koko, Kastard, Mazola dan biskut Kelapa. Kalau tidak, tak sudah-sudah aku dengar orang jual biskut Almond London. Seronok bila Ayong whatsapp kat aku gambar-gambar biskut trip pertama yang dia buat.


Lagi satu yang aku suka bukan sahaja sebab kawan baik sendiri yang jual, tapi jugak sebab aku kenal Ayong ni macamana. Dia ni suka bercerita dan share pasal tazkirah dan hal-hal agama dan dia suka baca ayat-ayat suci al-Quran. Jadi aku rasa sebenarnya kuih yang dia jual tu walaupun pada dasarnya dia jual pada harga yang sangat murah, tapi mahalnya adalah pada aura kuih itu sendiri yang bersifat Islamik. Jadi tahun ni takdelah aku dok merayau kat pasaraya pastu pusing bekas-bekas kuih kat pasaraya tu untuk cari cop halal. Beli kuih raya dengan Ayong ni bukan saja lega, malah excited dan terharu.


Okay jomlah checkidaut kuih-kuih raya homemade by Ayong....



Ayong cakap dia memang had kan kepada 4 jenis sahaja. Macam yang aku sebut kat perenggan atas tu tadi, kuih koko, kastard, kelapa dan mazola. Kuih-kuih ni tak silap aku popular masa zaman aku sekolah rendah dulu.




Kemas je kuih-kuih ni, macam kat kedai je kekdahnye. Setiap satu balang ni ada 55biji, hanya RM15 sahaja! Subhanallah. 

Ayong mengingatkan aku kat satu kedai makan di sebuah tempat ni. Masa tu aku rajin pegi kedai makan ni malam-malam, dia warung bawah pokok, nasi goreng kampung dia hanya RM2.50 je, tapi banyak sangat satu pinggan, jadi sampailah ke hari ini, bila aku teringat je aku mesti cakap, "mudah-mudahan murahlah rezeki pakcik dan makcik tu sekeluarga." Bagi aku bukan senang orang nak mendoakan kita, dan aku pun kadang secara tak langsung bila teringat mesti tercakap macam tu, bukan apa, sebab orang sekarang ni banyak yang hanya mengejar ganjaran yang nampak depan mata je, keuntungan, sedangkan dalam yang sedikit itulah ada keberkatan. Bukan nak kata banyak tu tak berkat, tapi biar sedikit tapi keberkatan itu yang lebih penting. Aku pun jadi excited sangat nak promotekan sana sini. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan Ayong. Amin.



Taraaaa...!!!! Ini kuih mazola. Aku tak pasti la budak-budak zaman sekarang kenal ke tidak kuih mazola ni. Sedap tau kuih ni. Watak utamanya ialah kacang. Walaupun bukan aku yang buat tapi aku tahu sebab dulu kakak aku rajin buat, tapi masing-masing dah berumur sekarang, semua nak beli, aku pun apelagi promotelah first sekali kat kaum kerabat aku. hahaha. Alhamdulillah seperti biasa family aku memang supportive, terus whatsapp aku suruh order.



Kuih Kelapa.



Kuih koko. Bentuk butterfly. Ni kalo anak aku nampak ni tak tau la dia lari ke tak sebab dia memang trauma dengan rama-rama. Over betul mak dia, ni kan kuih.



Kuih kastard.


Aku terdetik jugak dalam hati kot-kot lainkali Ayong akan jual kuih samperit, tu feberet aku tu..hehehe..



Walaupun sekadar tengok gambar je pun aku dah dapat bayangkan wanginya biskut-biskut ni.


Seriously, bukan sebab Ayong kawan baik aku, tapi biskut homemade Ayong ni sangat kemas, cantik, berseri dan menyelerakan, dan yang paling uniknya kuihraya buatan Ayong ni, dia tak guna mesin pun, mixer tu, dia tak guna, dia totally bancuh sendiri, kau rasa? Silap-silap keluar muscle ok. Paling penting, sebagai seorang kawan baik, aku kenal sangat Ayong ni. Sebagaimana diri dia, kuih-kuih buatan tangan Ayong ni jugak mempunyai aura Islamik yang tersendiri. Aku doakan semoga bisnes yang baru Ayong ceburi ni akan terus berjaya bukan sahaja sekarang, bukan sahaja pada musim raya, tapi insyaallah, semoga ianya terus berkembang menjadi bisnes yang berjaya, Insyaallah.



Kitorang bestfriend hokeh! Bestfriend tau. Hehe. Ni gambar yang Ayong whatsapp kat aku dulu. Hehe.


Ok, sekian entry untuk kali ini.


Assalammualaikum. :)


p/s: kalau ada sesiapa yang terbaca entry ni dan berminat boleh add facebook Ayong iaitu Noraini Othman ataupun boleh whatsapp/sms Ayong di no:012-7538012.

Gerenti halal, tanpa was-was dan enak! Fresh!

Homemade Cookies by Ayong From Batu Pahat With Love. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Monday 19 May 2014

28 AYAT-AYAT PENAWAR GANGGUAN JIN & SYAITAN.

Assalammualaikum. :)


Pagi ni aku cuma nak kongsikan sedikit ayat-ayat yang kita boleh amalkan untuk mengelakkan daripada gangguan jin & syaitan. Almaklum sajalah, syaitan dah berjanji dengan Allah S.W.T untuk menyesatkan umat Nabi Adam kan, jadi aku nak ambil kesempatan daripada berblogging ni selain daripada cerita-cerita santai, kadang merepek dan mengarut tu, di selang-selikan dengan pengisian rohani, mudah-mudahan bermanfaat.

Ayat-ayat yang ingin aku kongsikan ini aku ambil daripada isi kandungan CD yang mana tajuknya samalah dengan tajuk entry kat atas tu iaitu '28 Ayat-Ayat Penawar Gangguan Jin & Syaitan.' Sebenarnya CD ni abang ipar aku yang punya, aku pinjam, jadi dapatlah kiranya dengan izin Allah, aku panjang-panjangkan ilmu ini untuk manfaat kita bersama. Wallahualam.



Ni muka depan CD tu, mana tau ada jual kat area-area tempat tinggal korang, boleh la cari kan, boleh alunkan kat rumah ataupun dalam kereta. Aku ada cari kat kedai tempat tinggal aku, kat bandar la, tapi tak ada pulak, dah habis pakcik tu kata. See? Sampai sold out! Jadi aku ingin abadikan ayat-ayat tu dalam blog aku ni. Insyaallah, dapatlah kiranya kita mengambil manfaatnya. Subhanallah, the power of al-Quran. Ayat-ayat suci yang sentiasa bersama kita di saat-saat kita memerlukan, di saat-saat kita dibelenggu oleh kejahatan syaitan dan sebagainya. Setiap ayat al-Quran itu adalah penawar untuk diri kita.



Belakang CD.


Ayat-ayat itu ialah :-
===================

1)   Surah Al-Fatihah .
2)   Surah Al-Baqarah (Ayat : 1-4).
3)   Ayat Kursi.
4)   Surah Al-Baqarah (Ayat : 284-286)
5)   Surah Al-Imran (Ayat : 1-9)
6)   Surah Al-Imran (Ayat : 18-19)
7)   Surah An-Nisa' (Ayat : 115-121)
8)   Surah Al-A'raf (Ayat : 54-55)
9)   Surah Al-Mukminun (Ayat : 115-118)
10) Surah Yaasin (Ayat : 1-12)
11) Surah As-Saffat (Ayat : 1-3)
12) Surah Ghafir (Ayat : 1-3)
13) Surah Ar-Rahman (Ayat : 1-6)
14) Surah Al-Hasyr (Ayat : 1-6)
15) Surah Al-Hadid (Ayat : 1-6)
16) Surah Al-Jinn (Ayat : 1-3)
17) Surah Al-Zalzalah.
18) Surah Al-Qari'ah.
19) Surah Al-Humazah.A
20) Surah Al-Fiil.
21) Surah Quraisy.
22) Surah Al-Kaafirun.
23) Surah Al-Lahab.
24) Surah Al-Ikhlas (3x)
25) Surah Al-Falaq (7x)
26) Surah An-Naas (3x)
27) Surah Al-A'raf (Ayat : 117-122)
28) Surah Yunus (Ayat : 81-82)


Di akhirnya ada ceramah ringkas iaitu Petua Menghalau Gangguan Syaitan. Itu kalau dapat beli CD ni dapatlah dengar ceramah ringkas tu kan. Aku pun dah tak ingat, tapi nanti nak cuba tengok lagi kot-kot ada rezeki CD ni ada dijual kat kedai, dapatlah dengar lagi. Kita kena ingat, syaitan dan iblis dan juga jin ni memang sampai bila-bila pun dok ada je kat dunia ni, bukan kita boleh tikam perut dia ke macamana, jadi inilah senjata kita, yang kita boleh amalkan. Tak semestinya nak kena tunggu dapat beli CD ni baru kita boleh amalkan, kita boleh baca sendiri slowly, Insyaallah. Semoga Ustaz Misdi Al-Haj, sepertimana namanya di muka hadapan CD ni, akan memperoleh rahmat dan keberkatan dalam menyampai ilmu. Amin. Kita dapat ilmu dengan perkongsian beliau dalam pengeluaran CD ni. Insyaallah. Wallahualam.


Sekian entry kali ni.


Assalammualaikum. :)